Buffet Ramadan Bangi Golf Resort 2019 Dengan Tema Iftar Sesama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort 2019 Dengan Tema Iftar Sesama|Kalau anda pembaca tegar kitepunye.com pasti anda perasaan yang setiap tahun akan ada entri berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Tahun ini pun alhamdulilah masih mendapat jemputan untuk berbuka puasa di sini. Kali ini temanya ‘short dan simple’ iaitu Iftar Sesama. Bersama-sama dengan semua untuk beriftar dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Tahun ini sama seperti sebelumnya dimana lebih dari 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu yang bakal membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung hingga hidangan Barat untuk anda yang sukakan kemodenan. Antara hidangan yang sempat di rakam untuk memberi gambaran antara menu yang ada seperti

Kari Ikan Tenggiri

Ayam Varuvel

Kambing bakar yang di panggang perlahan diatas api bakal menjadi barisan pertama sajian untuk dinikmati

 

Nasi Kerabu kali ini memberi kelainan dimana ulam-ulamnya adalah ulam organik dipetik sendiri oleh chef-chef di Bangi Golf Resort. Di makan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, dan tak lengkap tanpa budu serta hirisan lima nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Tahu tak bagaimana nasi kerabu boleh berwarna biru ini kerana bunga telang yang menghasilkannya dari kebun Bangi Golf Resort sendiri.

Mee Goreng

Kuay teow Goreng

Nasi ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna dimana ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental memberikan rasa empuk dan berjus. Nasi pula gebu, berkilau dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya pekat dan sos cili buatan sendiri.

Ipoh Hor Fun

Kalau anda yang sukakan makanan Barat atau western, rasalah Spaghetti Carbonara

Spaghetti Bolognese Ayam

Satay Ayam dan Satay Daging

Signature dish jangan dilupai iaitu Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar.

Selain dari main course. ada pencuci mulut .Deretan pencuci mulut yang ada di Buffet Iftar Sesama kali ini seperti Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali , Red Vekvet Swiss Roll, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, G3 Mousse, Caramel Mousse, Purple Velvet Yogurt dan juga Oreo Cheese Cake

Kuih tradisional pun ada yang tidak diluoakan seperti Kuih Lapis, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Seri Myka Pandan, Kuih Bakar Hijau , Pulut Kuning dengan Rendang Ayam , Putri Ayu dan lain lagi.

Salad pun ada ye kalau ada yang menjaga diet dalam pemakanan

Sempat merasa bubur, bahan sampingan letak sendiri

Mee Rebus

Konsep Kebun Durian dalam bandar sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan dimana mengenegahakan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya buat masakan melayu dan tradisional

Durian ini semua dari kebun sendiri ye. Makan seenaknya tetapi elakkan membazir agar semua dapat merasa sama banyak ye. Restoran Bangi Golf Resort berkerjasama dengan Food Aid Foundation menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet ramadan untuk diberikan pada mereka yang memerlukan

Sepanjang Ramadan juga bakal berkerjasama dengan F8Buzz.com untuk mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama bagi orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik dimana belum ada lagi yang di lakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini. Nampak tak ulas durian yang kuning lagi manis untuk dijamu pada para tetamu yang hadir

Harga bagi buffet Iftar Sesama di Bangi Golf Resort adalah: 
Dewasa :  RM 59 nett
Kanak-kanak : RM 29 nett

 

Untuk membuat sebarang reservation : 1700 81 8557

Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge