Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL
BUFET RAMADAN DI BARBEQUE NATION
Barbeque Nation Pavilion KL kini kembali dengan promosi Bufet Ramadan 2025 yang cukup mengujakan buat semua penggemar makanan panggang dan sajian berbuka puasa yang istimewa.
Tahun ini, restoran terkenal ini menjemput para tetamu menikmati suasana berbuka puasa yang bukan sekadar makan, tetapi pengalaman penuh kenikmatan bersama keluarga, rakan sekerja, atau rakan-rakan terdekat.
Setiap meja dilengkapi barbeku arang secara langsung yang menawarkan hidangan daging tanpa had dengan pelbagai pilihan daging lembut, ayam, kambing, makanan laut. Serta pelbagai cucuk panggang yang disediakan segar oleh chef-chef berpengalaman terus di hadapan anda.
Bayangkan betapa menariknya suasana ini apabila anda boleh makan sepuas hati sambil berbual mesra bersama keluarga tersayang!
HIDANGAN LAIN DARI YANG LAIN
Antara tarikan utama Buffet Ramadan di sini adalah kaunter live yang menyediakan hidangan-hidangan eksotik popular. Chef-chef hebat dari Barbeque Nation akan mempersembahkan sajian seperti Raan, Chopan Boti, Baidha Paratha, Haleem, dan pelbagai lagi hidangan istimewa serantau yang jarang dijumpai di tempat lain.
Setiap hidangan disediakan segar di hadapan anda, memastikan anda menikmati rasa asli dan pengalaman kulinari yang tiada tandingannya. Hidangan ini pasti menjadi tarikan utama buat anda yang gemar mencuba sesuatu yang baharu dan unik pada bulan mulia ini.
ANTARA JUADAH YANG PERLU DICUBA
Menu buffet Ramadan yang khas turut ditampilkan dengan gabungan rasa tradisional dan moden. Pelbagai juadah istimewa menanti seperti Pilaf, Jumbiri Kabsa. Serta pencuci mulut eksotik seperti Khubani-Ka-Meetha, Qatayef, Basbousa, Shahi Tukda, Rose Kulfi, Date Almond Kulfi, dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, ada Grilled Sardines yang dipanggang khas menggunakan Weber Grill, pelbagai jenis salad segar, sup, dan pencuci mulut tanpa had limit. Tetamu juga akan disajikan dengan Kahwa yang dituangkan dari Surai, simbol keramahan dan budaya Ramadan.
ADA RUANG SOLAT?
Sempena Ramadan, Barbeque Nation Pavilion KL juga menyediakan ruang solat khas yang cukup selesa lengkap dengan sejadah dan karpet untuk memudahkan para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Isyak dengan tenang.
HARGA BUFET RAMADAN 2025
EARLY BIRD
Tawaran early bird dengan harga istimewa menanti anda! Sekiranya anda membuat tempahan awal antara 12 hingga 25 Februari 2025. Nikmati buffet ini pada harga promosi serendah RM69 pada hari biasa* (Isnin hingga Khamis) dan hanya RM79 pada hujung minggu* (Jumaat hingga Ahad).
HARGA BIASA
Nikmati buffet harga serendah RM79 pada hari biasa* (Isnin hingga Khamis) dan hanya RM84 pada hujung minggu* (Jumaat hingga Ahad). Tempahan awal ini amat berbaloi untuk anda merebut peluang menjamu selera dengan harga jimat!
DISKAUN UNTUK KORPORAT
Bagi syarikat atau organisasi yang merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa korporat, ini mungkin antara lokasi yang boleh dicadangkan. Dengan minuman percuma untuk mana-mana tempahan melebihi 10 orang. Jadi dapat santai bersama rakan sepejabat mahupun rakan-rakan sambil nikmati hidangan ini
ADA GIVEAWAY
Ingin menang berbuka puasa di sini, nantikan di entri yang akan datang