Björn Again Malaysia 2026: KONSERT ABBA DI ZEPP KL, WOW!

Mamma Mia! Björn Again Bakal Gegar Zepp KL Ogos Ini, Bawa Fenomena ABBA Ke Malaysia.

Björn Again

Fenomena ABBA Kembali Hidup Di Kuala Lumpur

Peminat muzik retro dan era disko kini ada sebab besar untuk teruja apabila kumpulan tribute ABBA paling terkenal di dunia, Björn Again, bakal membuat penampilan sulung di Malaysia menerusi siri jelajah dunia The ABBA Forever Tour.

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 12 Ogos 2026, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur. Dibawakan oleh Shiraz Projects, persembahan selama dua jam itu dijangka menukar Zepp KL menjadi lantai tarian penuh nostalgia dengan aura kegemilangan muzik pop era 70-an.

Björn Again Malaysia 2026:

SIAPA Björn Again?

TRIBUTE ABBA NO.1 DUNIA

Ditubuhkan di Melbourne, Björn Again dikenali sebagai kumpulan tribute ABBA paling berjaya di dunia.

Apa yang menjadikan mereka luar biasa ialah pengiktirafan rasmi daripada ahli asal ABBA sendiri. Malah, Benny Andersson pernah menyatakan bahawa menonton Björn Again adalah pengalaman paling hampir untuk merasai persembahan ABBA sebenar.

Mereka juga pernah menghiburkan peminat di pentas ikonik seperti Wembley Stadium Dan Sydney Opera House.

LAGU HIT ABBA BAKAL MENGGEGARKAN ZEPP KUALA LUMPUR

Konsert ini dijangka dipenuhi deretan lagu legenda yang merentas generasi dan masih diminati hingga hari ini. Antara lagu popular yang bakal dipersembahkan:

Dancing Queen, Mamma Mia, Waterloo, The Winner Takes It All Dan Chiquitita. Gabungan vokal mirip asal, kostum retro glamor serta elemen humor menjadikan persembahan ini lebih daripada sekadar tribute show biasa.

Björn Again Malaysia 2026:

DEMAM ABBA KEMBALI SELEPAS FENOMENA MAMMA MIA?

Populariti ABBA terus melonjak semula selepas kejayaan filem Mamma Mia! dan sambungannya. Kini, peminat Malaysia berpeluang merasai sendiri magis lagu-lagu ABBA secara langsung menerusi persembahan bertaraf antarabangsa yang dijangka sold out.

HARGA TIKET

Tiket kini sudah mula dijual melalui Ticket2U dengan kategori berikut:

✔ RM600 – VIP
✔ RM498 – Diamond
✔ RM398 – Platinum
✔ RM298 – Gold
✔ RM228 – Silver

Björn Again Malaysia 2026:

JANGAN LUPA, TANDAKAN DI KALENDAR ANDA UNTUK Björn Again

Jika anda membesar dengan lagu-lagu ABBA, meminati filem Mamma Mia!, atau sekadar mahu menikmati malam penuh energi positif dan nostalgia, ini adalah konsert wajib hadir tahun 2026. Björn Again Malaysia 2026 bukan sekadar persembahan muzik, tetapi pengalaman yang membawa penonton kembali ke zaman emas pop dunia.

Sarungkan semula gaya bell-bottom, ajak rakan-rakan dan bersedia menyanyi bersama lagu kegemaran ramai. Pada 12 Ogos 2026, Kuala Lumpur bakal diserang demam ABBA!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *