Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KILAFAIRY DI GOSSIP BIBIR MAKIN SEKSI SESUATU SANGATKAN!| Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.

KILAFAIRY

Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan. Dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipstik dan blusher. Menurutnya, apabila diberikan lipstik keluaran UFORA, dia mencubanya terlebih dahulu. wntuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.


“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya. Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya. Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA. Menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipstik,”

PRODUK UFORA

“Produk lipstik antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik UFORA. Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,”

-kata Kilafairy.

Sebagai public figure, Kilafairy turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Ini mencetuskan antara dia dan pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.

SKIM DROPSHIP TANPA MODAL

“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit. Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta.

Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu. Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.

COVID-19

Tambahnya lagi, UFORA menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Apapun produknya memang meletup dan sangat bagus dan senang nak jual. Jadi tolonglah cuba dahulu. Untuk permulaan kerjasama kami akan berjalan dalam tempoh dua bulan. Buat masa ini kami akan ‘test market’ terlebih dahulu. Namun saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun yang bekerja secara profesional melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Saya pun nak bantu UFORA dan orang-orang diluar sana. Apa yang saya boleh buat ialah push produk ini untuk bagi orang cuba, orang suka dan beli. Jadi yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendatangkan keuntungan,” katanya.

Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY di buat secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ pada jam 9 malam Sabtu (13 Februari).

SINGLE TERBARU JUDUL RATU

Mengulas perkembangan seninya, Kilafairy akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop. Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records. Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain.

Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih yang sejiwa dengannya sudah mengenali lebih 10 tahun.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus,”

Untuk info lanjut boleh layari di

Facebook

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge