Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
BEST KE BEAUKIDS SAMPAI AAFIYAH PUN SUKA? | Beaukids menarik sebab Aafiya? Apa sebenarnya Beaukids nie? Ini adalah rangkaian minuman terbaru dari BeauSiti X WonderLab. Diet seimbang untuk anak-anak sememangnya menjadi perkara penting bagi ibu bapa. Apabila usia anak sudah boleh menikmati makanan pekal, pasti ibu bapa mencari idea makanan terbaik untuk si comel.
Beaukids
Memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat melalui minuman berkhasiat. Produk pertama yang diperkenalkan dibawah Beaukids adalah Minuman Jeli Berkhasiat Beaukids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab. Mempunyai rasa yang enak dan paling penting sekali berkhasiat.
Minuman Jeli Berkhasiat Beaukids Aafiyah
Ia telah diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas untuk dijadikan minuman atau snek pilihan. Di perbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin. Antara vitamin yang ada seperti Vitamin B6, B12, C , E dan Asid Folik.
Minuman berkhasiat boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat. Bukan saja enak tetapi boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan sihat.
Sebagai seorang ibu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza inginkan yang terbaik untuk Aafiyah agar dapat membesar dengan sihat, cerdik dan aktif. Ini mencetus idea untuk menghasilkan produk ini agar manfaatnya dapart dikongsikan bersama semua ibu di luar sana.
Kerana ini lah beliau memilih Minuman Jeli Berkhasiat Beaukids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab sebagai minuman mahupun snek pilihan bagi anak kesayangannya.
“Kini tidak sukar untuk pastikan anak-anak aktif didalam atau diluar rumah. Kalau Aafiyah suka pasti anak anda suka juga!”
-kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza sewaktu ditemui sewaktu pelancaran dan sambutan ulangtahun Aafiyah yang ke 3.
Perlancaran Beaukids
Ianya merupakan lanjutan kolaborasi kedua-dua jenama yang sebelum ini telah melancarkan Produk Minuman Kesihatan Botani untuk wanita. Beautessence dan Minuman Kesihatan Sarang Burung- BeauNest pada Disember lepas. Menerusi kedua jenama ini akan mengorak langkah dalam membekalkan minuman kesihatan yang holistik untuk pelbagai usia.
Nak Berus Gigi Aafiyah Percuma?
Produk dari BeauSiti X WonderLab ini boleh didapati secara rasmi pada bulan Mei melalui SitiZen (ejen BeauSIti) atau Wonder Star (ejen WonderLab). Setiap kotak Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dijual pada RM59.00 sekotak.
Di dalam mengandungi 10 pek minuman. Setiap pembelian juga akan didatangi dengan Berus Gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma.
Untuk maklumat lanjut layari
Website BeauSiti | Website WonderLab