Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berpesta di Greenfield Residence Mid Autumn Festival |Greenfield Residence terletak di Sunway Mentari sedang membuat promosi tentang unit di Greenfield Residence. Sebanyak 816 unit bakal dibina di 3 menara yang berlainan. Keluasan setiap unit adalah 581 kaki persegi hingga 1,302 kaki persegi yang bermula dari RM 430,000 ke atas. Yang membuatkan ramai teruja untuk membelinya kerana pelbagai fasiliti ada di sekitar Greenfield Residence.
Kebetulan sewaktu KP dan kids berada disana untuk usha-usha unit untuk pelaburan Greenfield Residence sedang menyambut Mid Autumn Festival atau lebih dikenali sebagai musim kek bulan. Setiap ruang di hiasi dengan rekaan tanglung dan bunga-bunga berwarna pink. Yang bestnya ada aktiviti untuk kids sementara KP membuat survey di showroom. Antara aktiviti yang ada
Membuat Mooncake ..
Dah siap tinggal kena ‘roll’kan kacang merah pada adunan kemudian tekapkan
Ini hasilnya
Rabbit Dough Doll
Aktiviti yang menarik dan menguji kesabaran sebab ianya halus
Nampak tak betapa halusnya seni nie
Nie hasil dari kids ,, Irfan – telinga senget sikit
Hasil kedua beradik sorang gemuk sebab lepas makan mooncake , sorang kurus sebab blm makan lagi ..
Belum habis lagi aktiviti yang ada kali ini
Membuat tanglung
Senang sahaja pilih design yang nak . lekat menggunakan gam yang diberikan . Hias ikut sendiri macam mana nak.
Gam tak boleh lebih sangat sebab nanti terkoyak.
Dan jangan lupa untuk keringkan dan inilah hasilnya dari mereka berdua
Di khemah bahagian luar dewan pulak ada persembahan pembukaan oleh kumpulan 24 Drum. Ada juga perkongsian mengenai Money Buy Money. Untuk kids pula masih ada lagi aktiviti iaitu bersama dengan kemunculan Mr. Bean dan lawak serta gelagat. Seisi cabutan bertuah juga diadakan dimana sebanyak 10 hadiah berharga diberikan buat tetamu yang hadir
Antara sebab anda boleh memilih untuk membeli unit di Greenfield Residence adalah banyak kemudahan yang ada disekelilingnya. Tidak perlu risau seperti Lebuhraya LDP, kemudahan pengangkutan awam seperti BRT, LRT, dan KTM. Nak kemudahan lain ada sahaja seperti berdekatan dengan Sunway Pyramid Shopping Mall, Sunway Lagoon Theme Park, Sunway Pyramid, Sunway University, Sunway Medical Centre dan lain-lain lagi. Jadi kalau berminat apa kata click di
Website Greenfield Residence : www.greenfieldresidence.com.my
Telefon sahaja 03-74992066.