BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR, APA YANG BEST?

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR – Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang, Sophia Ong dari Selangor

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

Ballet Night Kuala Lumpur Bakal Berlangsung Pada 22 Februari 2025 Di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur. Bakal menjadi sejarah untuk kali ini dimana bukan saja dari luar negeri tetapi juga ada wakil dari Selangor.

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

SOPHIA ONG

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 tahun, akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s. Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini.

PEMENANG PINGAT EMAS ASIAN GRAND PRIX

Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix Kuala Lumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.

Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

IMPAK POSITIF

“Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan semula pengalaman balet di peringkat global,” 

-kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.

BARISAN BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

“Ballet Nights KL menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix yang bakal ditayangkan berjudul ‘Etoile’. Pemenang Critics’ Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda dalam ‘Coppelia’ (Scottish Ballet).

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

Serta Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics’ Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet. Kami turut teruja dengan kehadiran Mara Galeazzi, ikon The Royal Ballet, yang akan menyertai barisan persembahan nanti.” 

-tambahnya.

SIAPA MUSA MOTHA

Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. Musa juga memenangi Critics’ Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam Peaky Blinders oleh Rambert.

Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini. 

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

HARGA TIKET

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari membawakan pengalaman yang imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.

BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR

Tiket boleh didapati dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk)

Website Ticket2u|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge