Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bahiyya Haneesa Perjuang Mesej Kuasa Wanita Dalam Single Percaya.|Bahiyya Haneesa menjadikan lagu terbaru berjudul ‘Percaya’ sebagai wadah untuk menyampaikan mesej penting. Apakah mesej penting itu? Memartabatkan lagi pemerkasaan wanita. Sesungguhnya, pada era ini, aspek pemerkasaan wanita dalam kehidupan sejagat perlu berterusan tanpa perlu wujud lagi perasaan tertindas sebagai wanita.
Bahiyya Haneesa
Contoh terbaik sebagai kumpulan acapella pertama di Malaysia yang mendapat populariti dalam masa yang singkat. Sehingga kini mereka telah menacapai 827,000 subscribers di Youtube. Manakala 146,000 pengikut di Instagram. Video cover ‘Solo’ – Jennie (of Blackpink fame) di Youtube mendapat 11 juta tontonan. Ianya merupakan video cover yang tertinggi mereka.
Justeru, menerusi lagu baharu mereka ini, mereka ingin wanita di luar sana sedar. Segala impian mampu dicapai jika percaya terhadap diri-sendiri. Hakikatnya, setiap wanita tidak mengira latar belakang layak untuk mencapai kehidupan. Kehidupan yang mereka impikan sekiranya mereka bekerja-keras. Menurut anggotanya Bonn, itulah mesej penting mahu disampaikan dalam lagu ini.
“Sesuai dengan tajuk lagu, Bahiyya Haneesa ingin semua wanita diluar sana untuk percaya pada diri sendiri. Percaya bahawa setiap halangan yang dilalui akhirnya akan memberikan hasil yang diingini. Kita semua tahu tiada apa yang senang dalam dunia ini. Semuanya perlukan usaha. Dan bila gagal, jangan pernah sekali pun kita putus asa.
“Jadikanlah kegagalan itu penguat semangat untuk kita terus bergerak ke hadapan dan berjaya. Paling penting, wanita perlu memberi sokongan antara satu sama lain. Wanita adalah inspirasi dan semua wanita layak dihargai tanpa mengira siapa pun mereka. Dan selayaknya, wanita harus memperkasakan sesama wanita dalam misi untuk meletakkan lagi martabat ke tahap yang lebih disegani,”
-kata Bonn
Demi mencungkil idea untuk lagu yang penuh jiwa sebegini tentunya bukan mudah dan hal itu diakui Bahiyya Haneesa sendiri. Memandangkan kualiti serta keserasian dengan karakter kumpulan menjadi keutamaan. Mereka perlu memilih lagu yang benar-benar yakin untuk mereka persembahkan dan kongsikan kepada ramai. Namun, menurut kesemua anggota kumpulan Bahiyya Haneesa, ‘Percaya’ berjaya menambat hati mereka sebaik mendengar demo asal.
“Sebenarnya agak lama untuk kami jumpa lagu yang betul-betul paling tepat. Kami diberi beberapa demo oleh beberapa komposer yang berkualiti. Tetapi lagu Percaya benar-benar berjaya menambat hati kami. Kami juga banyak membuat rujukan beberapa lagu pemerkasaan wanita yang ada. Cuba sesuaikan dengan jiwa dan karakter kami. Lebih kurang tiga bulan juga kami ambil masa untuk menyiapkan lagu ini.
“Alhamdulillah, dengan hasil kerjasama antara Bahiyya Haneesa bersama pihak Sony Music, penerbit, pengarah, dan produksi, terhasillah Percaya. Dalam pada itu, salah seorang ahli Bahiyya Haneesa iaitu Bonn menjadi tunjang utama kami. Demi menyiapkan melodi dan lirik bagi menyempurnakna lagi karya baharu ini. Kami sangat berharap semua pendengar di luar sana akan sukakan Percaya. Dan menjadikan lagu ini sebagai pembakar semangat mahupun pembangkit mood dalam kehidupan seharian,”
-menurut Bahiyya Haneesa.
Muzik Video Percaya
“Untuk rakaman Percaya, kali ini agak mencabar kerana lebih banyak pembahagian suara dan harmoni yang kami perlu lakukan. Kami menghabiskan lebih kurang 18 jam dalam studio untuk memastikan ia betul-betul sempurna. Semua orang berpuas hati dengan lagu ini. Untuk pembahagian suara, kami lakukan bersama. Ini kerana kami ingin memastikan bahagian solo yang dinyanyikan sesuai dengan suara kami. Percaya amat berbeza dengan lagu sebelum ini.
Meskipun pembikinannya tidak dinafikan agak sukar dan mencabar tetapi ia benar-benar berbaloi. Kami berjaya masukkan banyak elemen termasuk bahagian rancak, bahagian tinggi, bahagian rendah, bahagian rap dan campuran bahasa. Kami berganding bahu membantu satu sama lain untuk memberikan yang terbaik serta pastinya mutu Percaya tinggi,”
-kata Bahiyya Haneesa.
Kumpulan accapella serba berbakat ini terdiri daripada 8 mahasiswi Universiti Malaya. Dianggotai oleh Afi, Bella, Bonn, Fatin, Nina, Syasya, Suha & Wafa. Mulanya tampil sebagai kumpulan nasyid. Mereka kini semakin terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai termasuk pop serta rap. Layari di
Certainly this is an inspiring and empowering song for all ladies and women.
Tekkaus recently posted…Patience Is Bitter But Its Fruit Is Sweet