AUTHENTIC NYONYA NOODLES HUT DI SANTA GRAND SIGNATURE KL, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini kite bawa untuk mencuba hidangan yang sedikit berlainan iaitu hidangan nyonya.
AUTHENTIC NYONYA NOODLES HUT
“Authentic food” dalam Bahasa Malaysia boleh diungkapkan sebagai “makanan autentik” atau “makanan asli.”
Makanan yang dianggap mewakili warisan budaya dan tradisi khas sesuatu tempat atau masyarakat.
Biasanya disediakan dengan cara tradisional dan menggunakan bahan-bahan yang lazim digunakan dalam hidangan tersebut.
Contoh makanan autentik Malaysia termasuk nasi lemak, rendang, laksa, satay, dan banyak lagi.
BABA NYONYA
Berasal dari negeri Melaka dimana masakan Baba Nyonya amat terkenal dengan identiti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.
Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
REVIEW AUTHENTIC NYONYA NOODLES
Kali ini berkesempatan untuk sama-sama meraikan masakan tradisi Peranakan Baba Nyonya menjanjikan kelazatan hidangan Baba Nyonya pada yang datang.
Ini diantara menu Authentic Nyonya Noodles Hut :
Menu promosi ini tersedia di ketiga-tiga restoran iaitu Kopi Bar, Kapitan Cafe dan Sky Lounge bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023
SIAPA CHEF-NYA?
Hidangan di Authentic Nyonya Noodles Hut dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabila Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).
CIRI PENTING
Antara ciri penting dalam hidangan Nyonya adalah kesegaran, kemanisan, kepedasan, masam antara rasa yang wajib ada. Untuk kali ini cuba Assam Laksa, Mee Kari dan Laksa Peranakan Nyonya
NYONYA NOODLES
MEE KARI
ASSAM LAKSA
LAKSA PERANAKAN NYONYA
HIDANGAN LAIN ADA?
Ada juga dimana yang menjadi kegemaran seperti onde-onde, cucur udang dan lain-lain lagi.
Cucur udang boleh dimakan sama ada bersama kuah kacang atau cili. Nak kelainan cuba dengan kuah kacang!
HARGA HIDANGAN
Bermula jam 12:00 tengahari hingga jam 6:00 petang dan harga setiap hidangan berharga RM 15 sahaja
SANTA GRAND SIGNATURE KL
Mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Menjadikan kelainannya antara hotel-hotel yang lain .
Selain dari itu, suasana yang tenang dan dekorasi yang cantik bakal membuatkan anda seronok untuk menikmati hidangan di sini.
Email | Contact +603-2027 1969