ANDI BERNADEE SERTAI KELUARGA UNIVERSAL MUSIC

Andi Bernadee Sertai Keluarga Universal Music Malaysia Secara Rasmi

ANDI BERNADEE

Sejak memasuki dunia muzik tempatan, bintang dari Sabah, Andi Bernadee, telah berjaya meninggalkan kesan dan mencipta impaknya yang tersendiri.

Menjadi pelopor dalam genre muzik ‘Reggaeton’ tempatan, Andi telah menghasilkan beberapa hit dalam genre ini, sehingga namanya menjadi terkenal di Malaysia.

UNIVERSAL MUSIC

Kini, bintang ini dengan bangganya mengumumkan bahawa dirinya baru sahaja menandatangani kontrak secara rasmi dengan label muzik terkenal dunia, Universal Music Malaysia, dalam usaha
untuk meluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya.

BERCITA-CITA TINGGI

Seperti semua penghibur yang bercita-cita tinggi, Andi mempunyai impian sendiri setelah menyertai label antarabangsa yang lebih besar.

“Sebagai seorang artis, saya semestinya ingin berkembang dan sebagai penyanyi, saya merancang untuk menghasilkan album serta beberapa pertunjukan khas yang akan menyusul,”

-kata Andi tentang langkah seterusnya setelah menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia.

Apabila ditanya tentang harapannya untuk waktu yang akan datang, Andi tidak segan untuk menyatakan niatnya dalam bidang muzik.

Saa harap saya akan tetap kekal dalam zon saya, dan lebih banyak lagu reggaeton akan dihasilkan sesuai dengan gaya muzik dan genre saya,” kata Andi.

PELAKON BERBAKAT

Andi yang juga seorang pelakon berbakat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Universal Music Malaysia. Bakal mengumumkan lebih banyak berita menarik dalam masa
terdekat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge