AMAZFIT GTR 4 & GTS 4, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sekarang bukan setakat jam tangan saja yang dipakai tetapi jam tangan pintar katanya.
JAM TANGAN PINTAR
Terbaru keluaran Amazfit, jenama perkakasan boleh pakai pintar premium ini milik Zepp Health Corporation (Zepp). Mampu memenuhi keperluan bagi anda yang aktif terutamanya dalam sukan
AMAZFIT GTR 4
Dengan pengenalan model terbaharu ini, Eksekutif Perniagaan yang sibuk boleh pergi terus dari pejabat mereka ke gim mahupun ke kolam renang.
Betul dengan memakai Amazfit GTR 4, yang sememangnya disediakan untuk sukan dan perniagaan.
JAM TRADISIONAL TETAPI
Menampilkan jam tangan tradisional dengan tekstur reka bentuk yang kaya. Meningkatkan fungsi sukan dengan penampilan seperti perniagaan yang boleh dipakai ke mesyuarat.
Mereka yang mengejar gaya hidup aktif tidak perlu bimbang apabila memakainya kerana jam tangan ini juga sesuai di padankan untuk dipakai ketika temu janji makan malam.
FUNGSI SUKAN
Dengan penampilan yang langsing dan bergaya, Amazfit GTS 4 juga mempunyai fungsi sukan yang dipertingkatkan sambil kekal ultra nipis dan bergaya.
- Amazfit GTR 4 mempunyai skrin yang lebih besar daripada model sebelumnya. Kini ia hadir dengan paparan HD AMOLED 1.43” dan memberikan pengalaman visual yang lebih mendalam.
- Amazfit GTS 4 dilengkapi dengan paparan HD AMOLED 1.75” dan reka bentuk persegi moden
PAPARAN
Kedua-duanya mempunyai paparan sentiasa hidup. Untuk GTR 4, terdapat lebih daripada 200 muka jam tangan, dengan 15 muka jam yang boleh diedit dan 30 muka jam tangan animasi.
Manakala GTS 4, terdapat lebih daripada 150 muka jam tangan, 10 muka jam yang boleh diedit dan 30 muka jam tangan animasi.
TEKNOLOGI ANTENA GPS
Amazfit telah melancarkan pelbagai ciri baharu untuk menyokong gaya hidup sukan pemakai. Kedua-dua GTR 4 dan GTS 4 dilengkapi dengan teknologi antena GPS polarisasi Dwi-jalur.
Import laluan dan navigasi masa nyata; mod latihan kekuatan pintar; templat latihan selang; peringatan sukan dan siaran suara dan; mod larian trek.
Di samping itu, terdapat lebih daripada 150 mod sukan dan pengiktirafan pintar yang boleh mengesan keadaan sukan dan prestasi pemakai.
Kedua-duanya mempunyai rintangan air 5 ATM dan untuk pemantauan kesihatan, mempunyai BioTracker 4.0 baru untuk mengesan oksigen darah dan kadar jantung.
WARNA AMAZFIT TERBARU INI
GTR 4 didatangkan dalam:
- Superseed Black
- Vintage Brown Leather
- Racetrack Grey
GTS 4 didatangkan dalam:
- Infinite Black
- Misty White
- Autumn Brown
- Rosebud Pink
HARGA
GTR 4 dan GTS 4 akan dilancarkan pada harga promosi iaitu RM799 (Harga Runcit RM829). Pelanggan awal yang membuat pembelian akan mendapat kad Starbucks bernilai RM30.
Manakala jika membeli produk Amazfit lain, ada juga hadiah diberikan. Pas percubaan percuma Selebriti Fitness untuk 2 orang selama tujuh hari bernilai sehingga RM1,092.00, semuanya sementara stok masih ada.