Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alif & Sofia Lancar Koleksi ‘Siri Sayangi Rasul’ Sempena Maulidur Rasul| Alif & Sofia bukanlah animasi baru di Malaysia. Primeworks Studios dengan kerjasama Blindspot Studios mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin dengan pelancaran koleksi buku. Koleksi buku pertama di pasaran Malaysia dari siri animasi Alif & Sofia iaitu ‘Siri Sayangi Rasul’ sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada 28 Oktober 2020.
Kolaborasi
Siri buku bergambar ini adalah kolaborasi kreatif antara Primeworks Studios dan Blindspot Studios. Penerbit bersama siri animasi Alif & Sofia, dengan kerjasama syarikat penerbitan Armoni Gold Mind.
Objektif penerbitan siri ini ialah untuk menyampaikan kisah para Nabi dalam penceritaan yang menarik. Memudahkan ibu bapa untuk berkongsi kisah-kisah ini dengan anak-anak mereka.
“Alif & Sofia adalah platform yang tepat bagi ibu bapa yang mencari kandungan yang sesuai untuk anak-anak prasekolah mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan respon yang kami terima di kedua-dua platform media sosial dan TV. Dimana ia mempunyai pengikut yang tinggi dikalangan ibu bapa generasi muda.
Trend membaca bersama anak-anak yang kini dijadikan aktiviti rutin ibu bapa. Ini bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan perlu dipupuk dari usia muda. Oleh itu pemilihan buku yang sesuai seperti Alif & Sofia, produk terbitan perlesenan pertama kami di Malaysia amatlah bersesuaian.”
“Sebelum pelancaran di Malaysia, kami terlebih dahulu melancarkan siri buku AR (Augmented Reality) ‘Ayo, Shalat!’ versi Bahasa Indonesia. Kami mendapat sambutan yang baik ketika pelancaran diadakan di pesta buku Big Bad Wolf, di Jakarta, Indonesia pada Mac lalu. Ia habis dijual dalam beberapa hari pertama penjualan.
Sambutan ini sememangnya di luar jangkaan kami. Ini kerana pelancaran semula jenama animasi Alif & Sofia baharu berlangsung kurang dari setahun lalu pada bulan Mei tahun lepas. Kami berharap kali ini akan turut mendapat sambutan hebat dari penonton kami.”
-kata Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.
‘Siri Sayangi Rasul’
Pelancaran pertama ‘Siri Sayangi Rasul’ Alif & Sofia mengandungi empat judul yang menampilkan
- Nabi Sulaiman a.s (Dengan Ratu Balqis)
- Nabi Nuh a.s (Kapal Yang Besar)
- Nabi Yunus a.s (Ditelan Ikan Nun)
- Nabi Muhammad S. A. W (Lahir Pada Tahun Gajah).
Malah, siri ini juga lengkap dengan ilustrasi menarik serta boleh didapati dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ia amat bersesuaian dijadikan bahan bacaan oleh ibu bapa bersama anak-anak ketika berada di rumah dalam musim pandemik ini.
“Kami cuba untuk mengolah cerita khas buat pembaca muda. Menggalakkan sesi membaca interaktif antara ibu bapa dan anak-anak untuk menghayati kisah-kisah para Nabi dan Rasul yang hebat. Ibu bapa turut boleh membimbing anak-anak ketika sesi bercerita.
Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama di rumah ketika pandemik ini.”
“Kami harap ‘koleksi ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak .Untuk mencontohi sifat Nabi-Nabi dengan memperkenalkan tokoh-tokoh berani dari dunia Islam ini kepada mereka. In Syaa Allah kami akan terus menambah judul yang baharu dalam beberapa bulan akan datang.”
-kata Encik Lukman Nulhakim Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Blindspot Studios.
Dapatkan ‘Siri Sayangi Rasul’ di platform e-dagang Shopee (kualitibooks) pada harga RM23.60 setiap set (mengandungi empat judul) atau RM5.90 senaskhah. Siri buku ini juga bakal dijual di kedai-kedai buku berhampiran di seluruh negara tidak lama lagi. Ikuti Alif & Sofia di