Posted in

ALBUM “TARI WARNA” PERJUANGAN SENI MONOSTERIO, BEST!

MONOSTERIO

Tari Warna – bukan sekadar album biasa tetapi ini adalah perjuangan 20 tahun dalam industri muzik Malaysia bagi Monosterio.

MONOSTERIO

Asia Empire Record & Kumpulan Monosterio hari ini secara rasmi melancarkan album terbaru berjudul “TARI WARNA” . Ini bersempena ulang tahun ke-20 perjuangan mereka dalam industri muzik tanahair sebagai sebuah kumpulan muzik yang bergerak secara sendiri atau ‘independent’. 

MONOSTERIO

SIAPA AHLI KUMPULAN?

Walaupun melalui perubahan nama, Monosterio masih mengekalkan barisan ahli asal kumpulan sehingga hari ini iaitu Izan Vokal , Anep Pemain Drum dan Alan Pemain gitar utama.

HASILKAN ALBUM

Jika sekarang ramai artis atau penyanyi mengeluarkan single tetapi tidak buat Monosterio. Untuk perjuangan 20 tahun ini , album yang memuatkan lagu 15 lagu iaitu 10 buah lagu serta 5 lagu bonus. Dua buah muzik video bagi single utama bertajuk “Boneka” dan “Tari Warna” turut dilancarkan.

Boneka -Monosterio #Boneka #Monosterio

Proses pembikinan album ini mengambil masa 5 bulan dari peringkat awal rakaman hingga ke adunan akhir, manakala keseluruhan projek termasuk penggambaran muzik video memakan masa 12 bulan.

Menerima sokongan penuh daripada MyCreative Ventures, Monosterio merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan. Tidak lupa juga pada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia terutamanya YB Dato Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Multimedia atas sokongan terhadap penghasilan karya tempatan.

MONOSTERIO

SERENTAK DIMAINKAN DI INDONESIA

Menariknya, pelancaran album ini turut dilakukan secara serentak di Indonesia, dengan putaran serentak di 50 buah stesen radio di seluruh Indonesia. Peminat di Indonesia juga boleh mengakses laman web rasmi Monosterio untuk pembelian album dan barangan eksklusif.

PENCAPAIAN

Antara pencapaian terdahulu mereka termasuk Finalis Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13) dalam kategori Album Hard Rock Terbaik. 

Tak Pernah Ada -Monosterio #TakPernahAda #Monosterio

ANUGERAH

Memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia menerusi VIMA Awards (Voice Independent Music Awards) seperti Best Rock Song dan Best Mind-Blowing Music Video .

MONOSTERIO

OST ATAU SOUNDTRACK

Karya mereka turut dijadikan OST utama bagi pelbagai filem dan drama tempatan seperti XX Ray 2, Banglo Seksyen 12, Telemovie Jadi Raya Tak Jadi, Telemovie Kembar Sado, Telemovie Suci Dalam Neraka, Drama Tv Along, Drama Tv Jeriji Kasih, dan banyak lagi.

MASIH ADA FIZIKAL ALBUM?

Sewaktu sidang media dikongsikan yang album Tari Warna akan tersedia dalam format steel pendrive edisi khas. Manakala bentuk kaset, fizikal CD dan juga vinyl edisi khas bakal di keluarkan pada bulan Disember 2025. Album pun ada pelbarangan barangan eksklusif secara atas talian untuk para peminat boleh dibeli di

Website Monosterio

credit photo: maestromediamy

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *