Pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah melancarkan penjenamaan semula yang mana kini berwajah baharu.
ALAMANDA WAJAH BARU
Dengan pelaburan bernilai RM100 juta daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd, kini para pengunjung dapat melihat sendiri penjenamaan mahupun wajah baru pusat membeli-belah ini
DIRASMIKAN OLEH PERDANA MENTERI
Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingan Alamanda sebagai nadi utama dalam landskap runcit dan gaya hidup Putrajaya.
Sebagai mercu tanda yang dihargai di Putrajaya, penjenamaan semula Alamanda menandakan langkah ke hadapan bagi bandar ini, mewujudkan hab yang lebih meriah untuk komuniti setempat dan pelawat. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.
KERJASAMA ANTARA
Berkongsi tentang kerjasama antara Putrajaya Holdings dan kerajaan, yang telah memperkenalkan Kiosk Sentuhan Madani pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan ada kiosk ini dapat membantu pengunjung melakukan transaksi digital dengan jabatan kerajaan terpilih di luar waktu operasi.
LANGKAH TEPAT KE HADAPAN
“Lebih 30 tahun yang lalu, Putrajaya Holdings telah membayangkan dan membangunkan Putrajaya bukan sekadar dari segi infrastruktur, tetapi dengan mewujudkan ruang yang memperkayakan komuniti.
Penjenamaan semula Alamanda adalah langkah tepat ke hadapan dalam pembangunan yang lebih berasaskan tujuan, yang bukan sahaja memacu pertumbuhan tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti di Putrajaya dan seterusnya.”
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim.
PERUBAHAN TERBESAR SEJAK PENUBUHAN
Penjenamaan semula ini, yang bermula pada 20 Jun 2023, menandakan perubahan besar pertama sejak penubuhan pusat beli-belah ini pada tahun 2004.
BUKAN SEKADAR KOMUNITI
“Alamanda Shopping Centre bukan sekadar ruang runcit; ia adalah mercu tanda komuniti di mana keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga berkumpul. Penjenamaan semula ini menaik taraf Alamanda menjadi destinasi gaya hidup yang lebih meriah.
Menggabungkan elemen runcit moden, kulinari, dan hiburan dengan ruang yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat Putrajaya. Dengan penambahan baharu ini, Alamanda kini bersedia menetapkan penanda aras baharu dalam dunia ‘retailtainment’.”
-kata Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan.
PENGALAMAN BARU ALAMANDA
ESCAPE PUTRAJAYA DI ESPLANADE
Antara tarikan terbaharu adalah Escape Putrajaya di Esplanade – taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, ia menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk setiap lapisan masyarakat.
PAWAGAM & PUSAT BOLING
Bagi meningkatkan lagi penawaran hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong. Menawarkan lebih keseronokan kepada keluarga meluangkan masa bersama-sama anak-anak dan saudara mara.
TAGLINE ALAMANDA “EASY, VIBRANT SHOPPING”
Transformasi ini juga memperkenalkan peningkatan 27% dalam Kawasan Bersih Boleh Disewa (NLA) seluas 199,000 kaki persegi, termasuk Escape Putrajaya. Selari dengan tagline Alamanda, “Easy, Vibrant Shopping”, pusat beli-belah ini menyambut kehadiran 29 kedai baharu, dengan lebih banyak lagi bakal dibuka!
RUANG BARU LEBIH ELEGAN DAN MESRA
Susun atur baharu Alamanda direka untuk menyesuaikan pengalaman membeli-belah dan riadah dengan perubahan demografi Putrajaya. Pusat beli-belah ini kini tampil dengan rupa lebih moden, menampilkan lantai marmar yang elegan, balustrad kaca, dan pegangan tangan keluli tahan karat.
PLAZA PUN ADA?
Selain itu, Plaza dan fasad baharu Alamanda kini disepadukan dengan landskap moden yang menghubungkan pengunjung dengan pengalaman runcit yang lebih menarik.
Di bahagian luar, landskap seluas 60,000 kaki persegi menampilkan rumput menghijau yang menghadap tasik, tempat duduk binaan yang dihiasi spesies tumbuhan tempatan, serta dek yang diperbuat daripada bahan mampan.
ESPLANADE LEBIH SELESA
Manakala, Esplanade baharu Alamanda dilengkapi kipas HVLS (High Volume Low Speed) untuk kawalan suhu yang optimum, memberikan pengalaman makan luar yang lebih selesa sambil menikmati suasana Escape Putrajaya.
Bagi memenuhi peningkatan jumlah pengunjung, aliran trafik parkir telah dioptimumkan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan mudah untuk semua.
KEMUDAHAN DIGITAL DAN SOKONGAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL
Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan, pengunjung kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada baucar fizikal, kerana Alamanda memperkenalkan e-Voucher sebagai alternatif mesra alam. Akan datang di laman web Alamanda, e-Voucher ini adalah hadiah yang sempurna untuk apa jua acara.
ALAMANDA GREEN RIBBON PIN
Sementara itu, ”Alamanda Green Ribbon Pin” menyokong kesedaran kesihatan mental. Boleh didapati di kaunter Concierge, setiap pembelian pin ini akan menyumbang RM10 kepada NGO terpilih.