Kecoh di media sosial platform tentang penutupan serta-merta Karnival Havoc Food Festival 44.0 yang sepatutnya berakhir pada 12 Januari 2025 tetapi di arahkan tutup pada 11 Januari 2025.
HAVOC FOOD FESTIVAL 44.0
Karnival Havoc Food Festival 44.0 dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula dari 9 Januari hingga 12 Januari 2025 di ruangan parkir Sama Square, Setapak.
Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd buat julung kali, bermula dengan Havoc Food Festival 37.0 tahun lalu
AKUR DENGAN PENUTUPAN SERTA-MERTA
Akur dengan arahan yang diberikan oleh pihak DBKL untuk menutup operasi festival serta-merta walaupun masih lagi berbaki sehari dimana ianya sepatut berakhir pada 12 Januari 2025.
“Kami telah mengikut prosedur dengan sebaiknya sebelum menganjurkan festival berkenaan di tapak ini dengan menyediakan kertas kerja yang diperlukan dengan teliti.
MEMOHON MAAF
“Saya mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya dan memohon maaf kepada mereka yang terlibat atau terkesan secara langsung atau tidak langsung. Kami mengambil maklum balas dari semua dan cuba mencari jalan penyelesaian. Namun, akur dengan arahan yang diterima.
Bukan hendak menunding jari pada sesiapa atas apa yang berlaku. Mungkin kekhilafan ini daripada pihak kami yang terlepas pandang terutama isu kesesakan lalu lintas menyebabkan beberapa penduduk sekitar terkandas dan menimbulkan rungutan di media sosial.
Tidak lupa juga kepada lebih 140 peniaga yang terlibat yang terpaksa menanggung kerugian akibat penutupan ini.
Kami berharap penduduk setempat dapat memahami situasi ini dan menerima permohonan maaf kami dengan hati terbuka. Kami akan terus belajar dan memperbaiki diri demi manfaat semua pihak,
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Acara Havoc, Datuk Firdaus Nadxaman.
Sebelum ini, tular video kesesakan lalu lintas teruk di media sosial terutama di kawasan berdekatan dengan Sama Square. Aduan yang dibuat mengatakan Havoc Food Festival adalah puncanya.
TIADA LESEN HIBURAN?
Susulan dari isu ini, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [DBKL] telah mengarahkan penghentian operasi serta-merta. Dikatakan penganjuran Festival ini tidak mendapat lesen hiburan semasa daripada pihak berkuasa tempatan.
Susulan kesesakan lalu lintas melampau yang telah mengganggu penduduk di kawasan terbabit, pejabat saya telah menyusuli dengan tindakan kepada pihak berkuasa,”
-katanya.
Nik Nazmi turut memaklumkan permohonan penganjur untuk mendapatkan lesen bagi mengadakan festival itu sebelum ini ditolak sebanyak dua kali disebabkan lewat dan aduan penduduk setempat berkaitan masalah lalu lintas.
BAGI ARTIS DAN VENDOR
Nak tak nak kami tetap akur dengan arahan yang diberikan oleh pihak penguatkuasa . Walaupun kerugian ada yang mencecah ribu dan ratus ribu, apa yang terjadi kali ini kami lihat dari sudut positif. Tidak ada yang protes ataupun melanggar arahan kerana kami satu hati.
Insyallah, jumpa kami lagi dalam dua minggu di Singapura!
TERIMA KASIH PENGUNJUNG SETIA
Ini adalah kali pertama menghadapi cabaran besar sejak ia mula diperkenalkan. Tidak sangka walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda sewaktu penganjuran kali ini tetapi sambutan yang diterima sangat luar biasa.
Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih buat mereka yang tidak jemu memberikan sokongan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.
Nantikan pengumuman lokasi terbaru di media sosial Havoc Food Festival!