Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Penggambaran Akua Ekstrem di Water World Melaka |Sebelum ini KP cuma menonton rancangan Akua Ekstrem melalui TV2. Rancangan di hoskan oleh Adilla, Nas dan juga Zoey.
Sebelum rancangan Running Man di siarkan di TV 2 , rancangan Akua Ekstrem di siarkan waktu 4 petang. Kemudian di alihkan kepada TV1
Akua Ekstrem
Menariknya rancangan ini menguji minda dan fizikal sesorang itu. KP menerima jemputan untuk bersama-sama menjadi salah seorang peserta di dalam Akua Ekstrem amatlah berbunga-bunga.
Akan tetapi perasaan takut juga menghantui diri.Kenapa? Tengok sahaja kawasan penggambaran ini. ( tak banyak gambar yang boleh di ambil )
KP tak keseorangan kali ini tetapi bersama dengan 2 blogger yang lain lagi hebat . Mereka adalah Nazlan dan Khai . Kami bertolak ke Melaka pada petang Selasa dan sempat singgah sebentar di Seremban untuk berjumpa dengan Datin Tatie. Hahahaha.. datin sangatkan. Selepas melepak dengan Datin kami pun menyambung perjalanan ke Melaka
Sepanjang perjalanan ada sahaja yang di sembang bila berjumpa. Penginapan di sediakan sewaktu rancangan ini dan kami sampai ke Condotel Melaka dalam pukul 9pm. Sedikit tersasar dari masa yang dijangka tiba atas sebab berhenti di Seremban.
Esok paginya seawal jam 7 pagi KP dah bersiap menunggu rakan –rakan blogger yang lain. Sanggup tak nak breakfast setelah sampai ke lokasi di mana pengambaran bakal di lakukan. Ianya seperti “ WIPE OUT” version overseas cuma “AKUA EKSTREM” version Malaysia. Walau version Malaysia takut juga tengok.
Berkumpul kami di tapak penggambaran Akua Ekstrem dan sedikit penerangan di beri. Apa yang boleh di lakukan atau tidak sebab lokasinya melibatkan kawasan air. Nama group kami CIKIBOOM – kelakarkan
Pihak lawan KP ialah seperti di bawah. Kenal tak yang perserta di tengah itu. Yupp Ayda Jebat . Sebelum Rindu Awek 200% drama bersiri di siarkan di TV3
Jadi kami pun berentap untuk mendapatkan juara. Maaf gambar sewaktu penggambaran tiada sebab tiada yang ada untuk membantu kami mengambil gambar. Selepas beberapa game yang KP dan rakan blogger main yang mencabar sekali adalah game yang terakhir.
Nasib menyebelahi kami kerana rakan rakan blogger KP Nazlan dan Khai membantu untuk mendapatkan mata tertinggi. Nazlan berjaya melengkapkan game terakhir dan juga menjaringkan gol untuk melayakkan CIKIBOOM menang. Hadiah yang awesome kami dapat .
Banyak pengalaman yang KP perolehi sewaktu penggambaran Akua Ekstrem ini, melihat sahaja ranacangan di TV tidak sampai 30 minit tapi penggambaran mengambil masa ½ hari dan kadang kadang 1 hari . Nantikan rancangan ini di TV1 rasanya kot sebab hingga ke hari ini still belum dapat apa apa berita tentang bila rakaman di siarkan di TV. Adios
Sama-sama kita nantikan ye
#kitepunye #kitepunyedotcom #akuaekstrem #tv1 #cikiboom
Menguji fizikal. Hadiah wajib menarik. 🙂
akubiomed recently posted…Dream Trip to Macau