AJL37 ANGKAT TEMA DIMENSI MUZIK, MESTI BEST!

AJL37 ANGKAT TEMA DIMENSI MUZIK, MESTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera – Refleksi Kepelbagaian Warna & Emosi Dalam Alunan Muzik Malaysia.Debaran semakin kencang!

ANUGERAH JUARA LAGU [AJL37]

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik. Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad).

Bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton

Acara berprestij pengiktirafan industri muzik tanah air anjuran TV3, Media Prima kembali lagi untuk edisi ke-37 dengan tema ‘ Dimensi Muzik’

AJL37

DIMENSI MUZIK

Tema Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik.

Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik.

Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti Anugerah Juara Lagu yang berprestij anjuran TV3.

AJL37

SIAPA HOST AJL37?

Malam anugerah AJL37 bakal menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular ini.

AJL37

Ia juga menjadi satu tarikan besar kerana ramai peminat menunggu kemunculan semula Jihan Muse selepas beliau bercuti panjang.

Muaz Mohamed, Fiza Frizzy, Sherry Alhadad, Jihan Muse, Nadia Hasnan dan Imran Aqil bakal memikul tanggungjawab besar. Mengendalikan program dari belakang pentas, acara karpet merah hinggalah ke pentas AJL37

KARPET MERAH TONTON

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.

Dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

TONTON SOUNDSTAGE X AJL37

Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit. Memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di Tonton.

Juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang. 37

AJL37

DOCUTAINMENT?

Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang.

Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari.

AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja. MYTV menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara.

Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital.

HARGA TIKET

Tiket AJL37 akan mula dijual di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023

Aras 4Aras 3ArenaSuper VVIP (Terhad 100 tiket)
RM50RM60RM150 *Laluan KhasRM300*Arena*fast lane AJL 37*pengalaman karpet merah AJL 37 *acara koktel (pra-anugerah)*pengalaman kamera 360 AJL 37*beg tote AJL 37*barangan cenderahati Tonton.​

Berita baik buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil! Anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge