Berita baik untuk semua, dimana AEON Malaysia kembali sekali lagi dengan jenama ‘in house’ mereka. Jadi apa lagi jom pakat-pakat ke AEON Malaysia tau!

AEON MALAYSIA IN HOUSE BRAND

Mengikuti perkembangan terkini dimana, AEON Malaysia baru saja memperkenalkan rangkaian jenama ‘in house’ brand. Terutama sekali buat yang meminati fesyen dan tatarias keperluan gaya hidup.

Dengan harga mampu milik tetapi nampak proktikal, reka bentuk yang estetik atau terkini, lebih mewah dan lebih bergaya pastinya menjadi ciri pilihan. ini diperkenalkan 4 jenama in house AEON Malaysia terbaru.

4 JENAMA IN HOUSE BRAND

Dengan harga yang berpatutan, berkualiti tinggi dan juga boleh digayakan bila-bila masa tidak kira untuk berkerja mahupun waktu santai. Setiap jenama ini mencerminkan dedikasi AEON dalam memastikan yang terbaik buat pemilik.

THE GOOD SHOES – Gabungan Gaya dan Keselesaan

Dari jenama kasut ini pasti yang memakai tidak perlu risau! Mana taknya pilihan kasut yang digunakan harian mahupun sneakers memberikan keselesaan sepanjang hari.

Sokongan tambahann yang diperlukan ada dari tapak kasut yang direka secara ergonomik. Ini membuatkan kaki senantiasa disokong dengan baik. Jadi ingin ke sana ke sini dengan selesa tanpa perlu rasa sakit!

Yang paling penting, bergaya tanpa perlu rasa risau sebab sangat selesa. Pilihan seperti kasut harian mahupun sneakers.

Harga yang ditawarkan: RM 99 – RM 149

IYKYK – Bergaya dengan minimalis

Ini antara pilihan untuk wanita yang suka bergaya secara minimalis. Pilihan sempurna untuk yang mahukan gaya sofistikated tanpa berlebihan. Gaya ringkas tapi nampak mewah dimana antara koleksi yang ada adalah beg tangan signature dan aksesori elegan.

Reka bentuk iYKYK minimalis tetapi anggun mencerminkan kemewahan buat si pemakai, ideal untuk gaya hidup harian yang serba ringkas.

Harga yang ditawarkan: RM 139 – RM 159

GALLIVANT – Jom Bercuti

Untuk kaki travel, ini semestinya ada dalam ‘wish list’ anda tau! Dari beg untuk travel, beg duffel, beg galas mahupun aksesori cuti-cuti semuanya ada. Yang penting harga mampu milik ye.

Setiap rekaan sangat teliti untuk memastikan yang memiliki dapat memenuhi keperluan untuk bercuti atau mengembara. Jaminan produk seperti tahan lama dan praktikal untuk memberikan ketenangan sewaktu travel.

Selain itu juga, kompartmen yang banyak untuk digunakan selain reka bentuk ringan antara ciri yang ada dari produk Gallivant ini. Bagi mereka yang suka berjalan-jalan, GALLIVANT menawarkan pilihan beg melancong yang praktikal dan tahan lama.

Harga yang ditawarkan: RM 59 – RM 369

aTas – Rangkaian produk beg pernigaan premium

Mereka yang berkerja ini mungkin pilihan untuk anda. Mana taknya jenama aTas ini bukan saja menawarkan beg perniagaan premium tetapi juga aksesori perjalanan.

Untuk beg kerja atau perniagaan premium, harga yang ditawarkan berpatutan dan antara pilihan ideal. Sesuai untuk mereka yang profesional agar kelihatan lebih bergaya dan pratikal.

Reka bentuk yang terkini jua professional dan direka dari bahan kualiti tinggi menjadikan ia lagi nampak elegant. Ada juga aksesori perjalanan untuk menambahkan lagi ketrampilan.

Harga yang ditawarkan: RM 139 – RM 369

JADI ANTARA YANG TERAWAL

Kini, jenama ‘in house’ ini boleh didapati di semua cawangan AEON Malaysia dan sokonglah jenama buatan sendiri terutama produk yang dapat menyokong dalam hidup kita. Nikmati keseimbangan antara gaya, fungsi dan harga berpatutan ya!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge