ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023, AMAZING & BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat kereta berkuasa besar mahupun motor berkuasa tinggi, rugi kalau tak join hari tu!

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023

Ianya sebuah acara sukan automotif berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U-Supercars, menampilkan Utama Motors sebagai penaja utama.

Dihadiri lebih 4 ribu pengunjung yang memenuhi kawasan pit bagi menyaksikan dengan dekat himpunan pelbagai kereta dan motor berkuasa tinggi.

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023

PELANCARAN KELAB

Sebelum Adrenaline Rush Track Day 2023 bermula, diadakan majlis pelancaran Kelab U-Supercars dan Kelab PEKEMA Auto.

Disaksikan lebih dari 200 tetamu yang terdiri daripada jemputan khas, barisan media elektronik dan media cetak, pempengaruh (influencer).

Juga blogger dan peserta-peserta perarakan kereta dan motor berkuasa tinggi di Kelab Paddock Selatan, Litar Antarabangsa Sepang.

TUJUAN UTAMA DITUBUHKAN

Penubuhan Kelab U-Supercars adalah untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki dalam industri automotif.

Melalui program sosial dan riadah yang berfaedah kepada masyarakat.

Selain menyemarakkan semangat setia kawan dalam kalangan ahli Kelab U-Supercars melalui aktiviti seperti konvoi, pameran kereta dan sebagainya. 

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023

TERIMA SOKONGAN DARI PEKEMA

Turut menzahirkan penghargaan kerana penubuhan Kelab U-Supercars milik Utama Motors itu telah mendapat sokongan daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

Dengan itu secara tidak langsung diberi penghormatan untuk merasmikan kelab tersebut dengan PEKEMA Auto Club.

-kongsi Dato Marof Khan Mohamed Idris.

PEKEMA AUTO CLUB

Pelancaran PEKEMA Auto Club adalah penjenamaan semula daripada kelab yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMA Riders Club.

Dengan tujuan untuk memperluaskan keahlian kelab bukan sahaja kepada motosikal malah kepada kereta.

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023

GALAK PENGGUNAAN KENDERAAN ELEKTRIK?

Berharap dengan penubuhan PEKEMA Auto Club, dapat memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli kelab tentang teknologi kenderaan elektrik.

Ini adalah usaha untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.

LANDASAN KUKUHKAN UKHWAH

“Perhimpunan seperti ART Day 2023 ini menjadi landasan untuk mengukuhkan ukhwah, perpaduan dan keharmonian di kalangan ahli-ahli komuniti kelab automotif.

Semoga lebih banyak program sebegini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada peminat-peminat kereta berkongsi minat.

Selain bertukar pendapat di samping merasai pengalaman memandu dalam suasana trak bertaraf antarabangsa yang lebih selamat berbanding di jalan raya,”

-ujar Datuk Haji Mohamed Nazari.

MASUK MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Tahniah buat penganjur Adrenaline Rush Track Day 2023 dimana telah diiktiraf Malaysia Book of Records.

Berjaya menganjurkan perarakan secara serentak yang terdiri daripada 650 buah kereta berkuasa tinggi dan kereta sport serta 312 motor Harley Davidson yang hadir daripada seluruh negara.

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sokongan daripada kelab-kelab automotif seperti Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club dan Majlis Belia Malaysia.

Menyumbang kepada kejayaan acara tersebut menjadi sebuah perhimpunan automotif kebangsaan yang terbesar.

Turut sama berkongsi pengalaman menyertai perarakan terbesar itu adalah beberapa orang selebriti tanah air, antaranya Dato AC Mizal, Roy Azman dan Shamsul Ghau-Ghau.

ADA JUGA PEMAIN INDUSTRI AUTOMOTIF

ART Day 2023 telah berjaya mendapat sokongan pemain-pemain industri automotif tempatan antaranya SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, KOPETRO Retail dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi.

Selain Utama Motors, turut tampil sebagai penaja adalah Liberty Insurance, EZCare Warranty, Smart Warranty, APEG Warranty.

Juga Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services. 

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023

PERSEMBAHAN ARTIS

Untuk yang hadir dapat melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport.

Turut dihiburkan dengan persembahan tanpa henti selama 4 jam oleh Ayu Damit, Baby Shima, Fareed K Clique dan DJ Fuzz. Tidak lupa juga penghibur Hilmi Gimik dan Acad Raja Lawak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge