π Adnex Lancar IPO Pasaran ACE 2026, Sasar RM18.10 Juta Untuk Lonjak Kapasiti & Tembusi Pasaran Serantau
ADNEX
Adnex Group Berhad (βAdnexβ) secara rasmi melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) bersempena penyenaraiannya di Bursa Malaysia Securities Berhad, Pasaran ACE.
Langkah strategik ini menandakan fasa transformasi penting buat Adnex sebagai syarikat tersenarai awam, dengan fokus memperkukuh kapasiti operasi dan memperluas kehadiran ke peringkat serantau.
ADNEX INTERIOR SOLUTION SDN. BHD
Melalui anak syarikat utamanya, Adnex Interior Solution Sdn. Bhd., Kumpulan telah membina reputasi lebih dua dekad sebagai penyedia pemasangan dalaman perkhidmatan penuh.

REALISASI REKA BENTUK
Kepakaran Adnex merangkumi realisasi reka bentuk, pengurusan projek serta penyelesaian siap guna untuk pejabat korporat, premis F&B dan galeri jualan. Portfolio pelanggan tempatan dan multinasional membuktikan komitmen terhadap kualiti, ketepatan masa dan ketukangan profesional.
Di bawah pelaksanaan IPO ini, dijangka mengumpul RM18.10 juta menerusi terbitan 90.50 juta saham baharu pada harga RM0.20 sesaham. Dana yang diperoleh akan diagihkan seperti berikut:
β RM6.40 juta untuk pengembangan pejabat dan cawangan baharu, penaiktarafan infrastruktur digital serta peluasan ke pasaran antarabangsa
β RM3.00 juta bagi bon prestasi projek sedia ada dan akan datang
β RM1.20 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank
β RM3.90 juta sebagai modal kerja
β RM3.60 juta bagi kos penyenaraian
BUKA PELUANG BARU
Pengarah Urusan Adnex, Encik Kan Wai Chun menegaskan bahawa IPO ini membuka peluang pertumbuhan baharu. Serta mengukuhkan keupayaan pelaksanaan projek melalui pelaburan dalam teknologi dan peralatan moden. Termasuk peluasan ke Malaysia Timur dan pasaran luar negara terpilih.

DIJANGKA BERKEMBANG
Menurut laporan Providence Strategic Partners Sdn. Bhd., industri pemadanan dalaman Malaysia dijangka berkembang kepada RM2.7 bilion menjelang 2027 dengan CAGR 8.3% dari 2025 hingga 2027 β didorong pertumbuhan hartanah komersial dan pelaburan domestik serta asing.
PERMOHANAN IPO
Permohonan IPO dibuka dari 26 Februari hingga 5 Mac 2026, manakala penyenaraian dijadualkan pada 17 Mac 2026. Selepas disenaraikan, dijangka mencapai permodalan pasaran sebanyak RM100 juta.
Public Investment Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.
Dengan asas kukuh dan strategi pengembangan jelas berpotensi menjadi antara penyenaraian ACE Market yang mendapat perhatian pelabur pada 2026.
