Peminat KITKAT® Wajib Cuba! AEON Delicatessen Perkenal 7 Menu Baharu LaBoheme, Harga Dari RM5.29. Peminat coklat dan kaki bakery, ada menu baharu yang boleh masuk dalam senarai food hunting korang!

AEON DELICATESSEN

AEON Delicatessen menerusi LaBoheme Bakery tampil dengan kolaborasi istimewa bersama KITKAT® yang memperkenalkan tujuh pilihan menu baharu dengan sentuhan coklat kegemaran ramai itu.

DENGAN KITKAT®

Dilancarkan pada 21 November 2026 di AEON Mall Shah Alam, kolaborasi AEON Delicatessen made with KITKAT® ini menggabungkan kreativiti bakery dengan keunikan rasa KITKAT® dalam beberapa pilihan pastri, muffin, sourdough dan donut.

Menariknya, harga menu bermula serendah RM5.29. Jadi, bolehlah pilih mengikut selera dan bajet masing-masing!

7 MENU LABOHEME X KITKAT® PATUT CUBA

Buat yang tertanya-tanya apa yang menarik dalam kolaborasi ini, terdapat tujuh pilihan menu baharu yang diperkenalkan menerusi LaBoheme Bakery. Berikut senarai menu bersama harga:

✔ Choco Burst Kuniaman – RM6.90

✔ Choco Brioche Twist – RM5.29

✔ Donut Colek Chocolate Wafer – RM8.90

✔ Chocolate Wafer Muffin – RM6.00

✔ Choco Royale Mini Croissant – RM6.50

✔ Choco Crispy Donut – RM5.90

✔ Double Choco Sourdough – RM6.90

Daripada pilihan brioche dan croissant hinggalah donut serta muffin, setiap menu menawarkan variasi untuk penggemar coklat yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

KOLABORASI ISTIMEWA BUAT PEMINAT COKLAT

Kolaborasi ini membawa gabungan dua nama yang cukup dikenali dalam dunia makanan dan coklat, iaitu AEON Delicatessen dan KITKAT®.

Menerusi kreativiti LaBoheme Bakery, sentuhan KITKAT® diperkenalkan dalam pelbagai pilihan bakeri yang sesuai dinikmati ketika bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, pilihan menu yang pelbagai juga memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencuba kombinasi hidangan mengikut citarasa masing-masing.

MENU KITKAT® INI SAMPAI BILA?

Kalau korang sudah mula teringin nak mencuba, jangan tunggu terlalu lama!Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, tujuh menu baharu LaBoheme hasil kolaborasi bersama KITKAT® ini boleh didapati di AEON Delicatessen sehingga penghujung tahun 2026.

Jadi, bolehlah singgah ke AEON Delicatessen yang berdekatan dan cuba sendiri pilihan menu yang menarik perhatian korang. Dengan harga bermula RM5.29, kolaborasi ini pastinya boleh menjadi satu lagi pilihan untuk peminat coklat dan pencinta bakery.

Kalau korang diberi peluang pilih satu, menu mana yang paling teringin nak cuba? Choco Brioche Twist, Chocolate Wafer Muffin atau Choco Crispy Donut?

By Nannie Isa

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *