BATHTHA BUAT KITE FIKIR: BOLEHKAH ORANG JAHAT BETUL-BETUL BERUBAH!

Review Baththa: Bila “Orang Jahat” Mula Belajar Jadi Baik

FILEM BATHTHA

Kalau tengok awal-awal, kita mungkin ingat Baththa ini akan jadi satu lagi cerita gangster biasa. Tetapi rupanya… tak semudah itu.

ARAHAN BALAJI THARANEETHARAN

Filem arahan Balaji Tharaneetharan ini membawa kisah seorang gangster yang digeruni, tetapi secara perlahan-lahan mula berdepan dengan sisi dirinya yang selama ini disembunyikan.

Dan di sinilah Baththa jadi menarik.

FILEM BATHTHA

BILA SEORANG YANG DITAKUTI MULA BERUBAH

Baththa pada awalnya memang bukan watak yang kita terus rasa nak simpati.Dia seorang gangster yang keras, panas baran dan sudah biasa hidup dengan ketakutan orang lain. Tetapi satu kejadian yang tidak disangka-sangka membuatkan kehidupannya berubah.

Daripada seorang lelaki yang nampak begitu kuat, dia mula berdepan dengan rasa takut, sunyi, keluarga dan perkara-perkara yang selama ini mungkin tidak pernah benar-benar dihargainya.

Apa yang menarik, perubahan Baththa tidak berlaku secara tiba-tiba.

KEKUATAN FILEM

Dia perlahan-lahan berubah. Dimana ini antara kekuatan filem, bukan semua orang jahat akan kekal jahat. Ini bahagian yang paling suka dalam filem Baththa

MANUSIA BERUBAH?

Filem ini seolah-olah mengingatkan kita bahawa manusia boleh berubah. Orang yang pernah buat salah tidak semestinya akan kekal menjadi orang yang sama sampai bila-bila.

FILEM BATHTHA

Kadang-kadang seseorang hanya perlukan satu peristiwa, satu hubungan atau satu keadaan untuk membuatkan dia melihat semula kehidupan sendiri. Tetapi yang penting, perubahan itu perlu datang daripada diri sendiri.

Bukan sebab orang paksa. Bukan sebab takut. Tetapi sebab dia sendiri sedar bahawa hidupnya perlu berubah.

PARA PELAKON

VIJAY SETHUPATHI MEMANG MENJADI

Antara perkara yang banyak dipuji dalam review luar ialah lakonan Vijay Sethupathi. Beberapa ulasan turut menekankan bagaimana beliau berjaya membawa perubahan emosi watak Baththa daripada seorang gangster yang garang kepada seorang manusia yang lebih vulnerable dan beremosi.

FILEM BATHTHA

Dan memang terasa. Vijay Sethupathi tidak perlu terlalu “over” untuk membuat kita faham apa yang sedang berlaku kepada wataknya. Kadang-kadang ekspresi dan reaksi kecil sahaja sudah cukup.

SAI PRITHIVIRAJ

Watak Sabari, yang dibawakan oleh Sai Prithviraj, sebenarnya menjadi antara kunci penting dalam perubahan Baththa. Sabari bukan sekadar watak kanak-kanak yang muncul untuk menceriakan cerita, tetapi hubungan yang terjalin antara dia dan Baththa perlahan-lahan membuka sisi lain seorang gangster yang selama ini keras dan sukar menunjukkan perasaan.

FILEM BATHTHA

Daripada hubungan yang pada awalnya mungkin nampak biasa, Sabari mula menjadi seseorang yang membuatkan Baththa belajar tentang kasih sayang, tanggungjawab dan erti melindungi orang lain. Cara Sabari berinteraksi dengan Baththa juga memberi beberapa momen yang comel, kelakar dan pada masa sama cukup menyentuh.

Inilah watak Sabari menjadi penting — dia bukan yang mengubah Baththa dengan kata-kata, tetapi kehadirannya membuat Baththa sendiri mahu berubah.

ADA GELAK , ADA EMOSI

Satu lagi perkara Baththa tidak terlalu serius sepanjang masa. Ada humor, ada situasi yang buat kita tersenyum, tetapi kemudian filem ini boleh bertukar menjadi lebih emosional.

Beberapa review luar turut melihat kekuatan filem ini pada gabungan humor, emosi, kemanusiaan dan kisah redemption.

Walaupun begitu, ada juga yang merasakan bahagian awal agak mengambil masa untuk masuk ke rentak cerita, manakala sesetengah penonton merasakan ada humor yang kurang menjadi. Kekurangan itu masih boleh diterima sebab cerita menjadi lebih menarik apabila hubungan Baththa dan Sabari mula berkembang.

FILEM BATHTHA

REVIEW KITE

Baththa bukan filem gangster yang hanya mahu tunjuk siapa paling kuat. Lebih daripada itu, ia adalah cerita tentang manusia yang cuba mencari semula dirinya.

Tentang keluarga. Tentang kesunyian. Tentang kesilapan. Dan paling penting — tentang peluang untuk berubah. Bukan filem yang sempurna, tetapi Baththa ada hati.

Rating KitePunye: ⭐⭐⭐⭐/5

“Kalau seseorang benar-benar mahu berubah, patutkah kita masih menghukum dia kerana masa lalunya?”