“NAK KE TAIWAN LAGI? ADA 100 CARA NAK EXPLORE & INSENTIF SAMPAI NT$8,000! ”

Taiwan ajak rakyat Malaysia explore Taiwan 100 ways! Ada insentif Sampai NT$8,000 dan kerjasama baharu Malaysia Airlines. Kalau Taiwan selama ini masuk dalam senarai destinasi percutian anda, kali ini memang ada lebih banyak sebab untuk kembali!

TAIWAN 100 WAYS

Sempena MATTA Kuala Lumpur 2026, Taiwan tampil dengan delegasi besar melibatkan 44 organisasi dan 76 wakil industri pelancongan, selain membawa kempen “Taiwan 100 Ways” untuk mengajak rakyat Malaysia menikmati Taiwan dengan pelbagai cara.

TAIWAN & MALAYSIA AIRLINES KUKUHKAN KERJASAMA

Antara perkembangan menarik kali ini ialah kerjasama baharu antara Pentadbiran Pelancongan Taiwan dan Malaysia Airlines menerusi Memorandum Persefahaman (MOU).

TAIWAN 100 WAYS

Kerjasama ini melibatkan FAM Trips, pembangunan produk pelancongan dan pemasaran bersama, dengan matlamat mengukuhkan sambungan udara serta menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Taiwan.

PAVILION TAIWAN – MATTA KL

Pavilion Taiwan di MATTA Kuala Lumpur pula tampil dengan tema “Taiwan – Waves of Wonder”, bersama konsep “Taiwan Never Sleeps”.

Menariknya, pengendali pelancongan Muslim Malaysia turut dijemput menyertai pavilion bagi memperkukuh promosi Taiwan sebagai destinasi mesra Muslim.

PERNAH KE TAIWAN? BOLEH DAPAT INSENTIF LAGI!

Ini antara bahagian yang mungkin paling menarik untuk repeat traveller. 👀

Melalui kempen “Return to Taiwan, Double the Luck”, pelancong yang pernah memasuki Taiwan pada atau selepas 1 Januari 2023 berpeluang menerima kredit perbelanjaan bernilai NT$5,000 apabila kembali ke Taiwan.

TAIWAN 100 WAYS

Mereka yang melancong bersama keluarga atau rakan pula berpeluang mendapatkan tambahan NT$3,000 untuk rakan perjalanan. Jumlah manfaat boleh mencecah NT$8,000

TOURISM DUAL – WHEEL DRIVE PROGRAM

Selain itu, Taiwan turut memperkenalkan Tourism Dual-Wheel Drive Program yang menawarkan insentif berkaitan MICE, kumpulan korporat serta penginapan tambahan di beberapa kawasan Taiwan.

JOSEPH CHENG

TAIWAN SENTIASA MERIAH, 24 JAM SEHARI

Menurut Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng, promosi ini diharap dapat membuka mata masyarakat Malaysia terhadap keunikan dan kepelbagaian tarikan pelancongan Taiwan.

Katanya, Taiwan sentiasa meriah dari pagi hingga malam, 24 jam sehari, dengan pelbagai pengalaman yang boleh diterokai — daripada makanan, budaya dan alam semula jadi hinggalah aktiviti membeli-belah. Taiwan juga bukan sekadar destinasi percutian, tetapi menawarkan pengalaman baharu dan kenangan bermakna pada setiap kunjungan.

TAIWAN 100 WAYS

“Bila-bila masa dan di mana sahaja, Taiwan sentiasa bersedia mengalu-alukan kedatangan pelancong Malaysia,” jelas beliau.

Joseph Cheng turut berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan berkunjung ke Taiwan untuk menerokai keistimewaannya serta menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

BANYAK AKTIVITI DI PAVILION TAIWAN

Pengunjung MATTA juga boleh menyertai aktiviti interaktif termasuk photo booth bertemakan Taiwan dan kuiz pengetahuan Taiwan.

Kumpulan Diabolo Walker, yang pernah membuat persembahan di Cirque du Soleil, turut menghiburkan pengunjung dengan persembahan diabolo LED. Turut berkongsi pengalaman ialah pencipta kandungan Malaysia Azim Othman serta pasangan pengembara Alana dan Abbas.

TAIWAN 100 WAYS

Selepas Kuala Lumpur, delegasi Taiwan akan meneruskan promosi ke Johor Bahru pada 8 September 2026 untuk Taiwan Tourism Workshop dan sesi B2B.

Dengan kemudahan kemasukan tanpa visa, sambungan penerbangan dan pelbagai insentif baharu, nampaknya Taiwan memang mahu rakyat Malaysia kembali meneroka negara itu — bukan dengan satu cara, tetapi “100 Ways”. 🇹🇼✨