G-DRAGON & BIGBANG 20 Tahun: Tiga Negeri Bakal Jadi Lokasi Sambutan Fan Experience Terbesar di Malaysia
G-DRAGON & BIGBANG 20TH ANNIVERSARY
Peminat G-DRAGON dan BIGBANG di Malaysia bakal menikmati pengalaman istimewa apabila komuniti peminat tempatan GDXBB20MY menganjurkan projek nasional “Still Life With You For 20 Years” bersempena sambutan hari jadi G-DRAGON serta ulang tahun ke-20 BIGBANG.
Dibawakan secara eksklusif oleh OPPO Malaysia, projek ini bakal berlangsung di Johor Bahru, Penang dan Kuala Lumpur sepanjang Ogos 2026, sekali gus menjadi antara sambutan ulang tahun BIGBANG terbesar yang digerakkan oleh komuniti peminat di Malaysia.

3 FAN EXPERIENCE
Menariknya, ketiga-tiga lokasi menampilkan konsep yang berbeza. Jadi, peminat bukan sahaja berpeluang berkumpul dan meraikan muzik BIGBANG, malah boleh merasai pengalaman yang berbeza mengikut lokasi.
TIGA NEGERI, TIGA PENGALAMAN BERBEZA
JOHOR BAHRU – BIGBANG BUILDING TAKEOVER
Sambutan di Johor Bahru akan berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2026 di R&F Mall. Ruang berkenaan bakal diubah menjadi kawasan bertemakan BIGBANG dengan dekorasi khas, fan booth, barangan cenderamata, permainan interaktif serta pelbagai aktiviti komuniti.

Lebih menarik, kemasukan adalah percuma, dengan sebanyak 288 cenderamata eksklusif disediakan setiap hari kepada pengunjung secara first come, first served.
PENANG – BIRTHDAY CAFE EXPERIENCE
Bagi peminat di Pulau Pinang pula, sambutan akan berlangsung pada 9 Ogos 2026 di Base.PG Café. Konsep kafe bertemakan Hawaii dan suasana tropika akan memberikan pengalaman yang lebih santai untuk peminat meraikan hari jadi G-DRAGON serta 20 tahun perjalanan BIGBANG.

Pengunjung yang membeli satu minuman akan menerima set cenderamata eksklusif, namun jumlahnya terhad kepada 188 set sahaja.
KUALA LUMPUR – FLAGSHIP EXPERIENCE PALING BESAR
Kemuncak sambutan akan berlangsung di APW Bangsar pada 15 dan 16 Ogos 2026, menerusi pengalaman terbesar dalam projek “Still Life With You For 20 Years”.

Acara Kuala Lumpur dibahagikan kepada dua ruang utama iaitu THE UPPERCASE dan THE INK.
THE UPPERCASE: MENYELAMI 20 TAHUN LEGASI BIGBANG
THE UPPERCASE menjadi ruang utama yang membawa peminat menyusuri perjalanan muzik BIGBANG sepanjang dua dekad.
Pengalaman imersif ini diinspirasikan daripada lagu-lagu ikonik, era penting serta momen yang membentuk perjalanan kumpulan tersebut. Antara pengalaman yang bakal diketengahkan termasuk Flower Road Walkway, Still Life Four Seasons dan GD & BIGBANG: The Legacy Hall.

20 YEARS IN FRAME
Peminat juga berpeluang melihat ruang yang didedikasikan kepada setiap anggota BIGBANG, selain meneroka beberapa Secret Rooms yang menyimpan kejutan eksklusif.
Perjalanan tersebut kemudiannya berakhir di 20 Years in Frame, sebuah High Angle Photobooth yang membolehkan peminat merakam foto kenangan sempena ulang tahun ke-20 BIGBANG.
Bagi memastikan pengalaman lebih selesa dan teratur, kemasukan ke THE UPPERCASE adalah berdasarkan tiket dan slot masa tertentu.

THE INK: RUANG UNTUK KOMUNITI PEMINAT
Sementara itu, THE INK pula menjadi ruang perhimpunan komuniti yang lebih santai dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan flash mob, vendor booth, permainan interaktif dan program komuniti.
Tiket Kuala Lumpur boleh didapati menerusi Ticket2U dan setiap tiket merangkumi satu slot kemasukan ke THE UPPERCASE, akses tanpa had ke THE INK sepanjang hari, satu set cenderamata eksklusif yang mengandungi enam barangan serta satu penyertaan lucky draw.
SAMBUTAN 20 TAHUN BIGBANG DIGERAKKAN OLEH PEMINAT
Apa yang menjadikan projek ini lebih istimewa ialah “Still Life With You For 20 Years” merupakan projek yang digerakkan oleh komuniti peminat menerusi sokongan dan kutipan dana bersama.
Dana yang dikumpulkan membantu menjayakan sambutan di Johor Bahru, Penang dan Kuala Lumpur, manakala hasil jualan tiket acara Kuala Lumpur turut digunakan bagi menampung kos lokasi, produksi, pameran dan operasi. Peminat yang menyumbang kepada kempen tersebut juga bakal menerima ganjaran penghargaan eksklusif mengikut tahap sumbangan.

DUA DEKAD MUZIK, MEMORI DAN PERSAHABATAN
Daripada peminat yang sudah mengikuti BIGBANG sejak era debut sehinggalah generasi baharu yang baru menemui muzik kumpulan tersebut, projek ini membuka ruang untuk semua berkumpul dan meraikan perjalanan selama 20 tahun.
Dengan tiga lokasi, konsep yang berbeza dan pengalaman imersif yang dirancang khusus untuk peminat, “Still Life With You For 20 Years” bukan sekadar sambutan ulang tahun.
Ia menjadi satu perayaan terhadap muzik, kenangan dan hubungan yang terjalin antara BIGBANG, G-DRAGON serta peminat mereka selama dua dekad.