CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM KINI DUTA LABRICH, TAHNIAH
Labrich melancarkan TriBio Women Wellness dan TriBio Kids sambil mengumumkan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai duta jenama. Produk berasaskan sains ini menyokong kesihatan usus, kesejahteraan wanita dan tumbesaran sihat kanak-kanak.
LABRICH
Jenama kesihatan dan kesejahteraan Labrich terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri menerusi pelancaran dua produk inovatif baharu, Labrich TriBio Women Wellness dan Labrich TriBio Kids, selain mengumumkan pelantikan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai duta rasmi jenama.

Pengumuman tersebut dibuat sempena acara eksklusif The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower, menghimpunkan lebih 60 wakil media, rakan strategik, pempengaruh dan tetamu jemputan.
MISI ‘NURTURING LIFE FOR EVERY GENERATION’
Fokus utama jenama ini meliputi:
✔ Kesihatan usus (gut health)
✔ Kesejahteraan wanita
✔ Kecantikan kulit dari dalam
✔ Tumbesaran sihat kanak-kanak
✔ Kesihatan metabolik
Pendekatan ini selari dengan tagline rasmi Labrich, “Nurturing Life for Every Generation”, yang menekankan kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh pada setiap peringkat usia.

LABRICH DIASASKAN DARIPADA PENGALAMAN KLINIKAL SEORANG DOKTOR
Menurut pengasas Labrich, idea penubuhan jenama tersebut lahir daripada pengalaman beliau sendiri merawat pesakit yang berdepan peningkatan penyakit kronik berpunca daripada gangguan metabolik.

“Sebagai seorang doktor, saya melihat sendiri bagaimana ramai pesakit mengalami penyakit kronik yang berpunca daripada berat badan berlebihan dan rintangan insulin. Masalah asas ini akhirnya membawa kepada diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta pelbagai gangguan metabolik lain.
“Daripada situ lahirnya inspirasi untuk menghasilkan produk yang membantu memulihkan kesihatan bermula daripada usus,” katanya.
ANTARA PRODUK LABRICH
TRIBIO :
ASAS KESIHATAN BERMULA DARI USUS
Produk pertama yang diperkenalkan ialah Labrich TriBio, iaitu formulasi sinbiotik yang menggabungkan prebiotik, probiotik dan postbiotik bagi membantu menyokong kesihatan usus, meningkatkan metabolisme dan mengurangkan keradangan.

Kejayaan produk tersebut kemudian membawa kepada penghasilan Labrich TriBio SkinAX®, yang diformulasikan khusus bagi membantu wanita mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri dari dalam. Produk itu mengandungi gabungan bahan premium seperti KOMUCERA®, SkinAx²®, Niacinamide dan Glutathione
LABRICH TRIBIO WOMEN WELLNESS
DIREKA UNTUK WANITA MODEN
Sorotan utama pelancaran kali ini ialah pengenalan Labrich TriBio Women Wellness, produk kesihatan wanita yang membawa tagline “Empowering Women from Within”. Menurut Labrich, produk ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar wanita moden yang perlu mengimbangi kerjaya, keluarga dan pelbagai tanggungjawab harian.
Ramai wanita turut berkongsi cabaran seperti mudah letih, kurang tenaga, emosi tidak stabil, masalah saluran kencing berulang dan gangguan metabolisme. Bagi membantu mengatasi isu tersebut, Women Wellness diformulasikan dalam bentuk berperisa cranberry dengan kandungan 10 billion CFU probiotik bagi setiap sachet.
ANTARA MANFAAT UTAMA WOMEN WELLNESS :
Menyokon kesihatan usus, membantu meningkatkan tenaga harian, menyokong metabolisme, membantu keseimbangan emosi dan mengurangkan risiko masalah saluran kencing. Produk ini diperkaya dengan pelbagai bahan aktif termasuk L-Carnitine, Taurine, L-Citrulline, Chromium Picolinate, Myo-Inositol, Magnesium Glycinate dan D-Mannose.
Selain itu, ia mengandungi lima strain probiotik utama:
- Lactobacillus acidophilus
- Bifidobacterium lactis
- Lactobacillus rhamnosus
- Lactobacillus plantarum
- Bifidobacterium longum
TriBio Kids Sokong Kesihatan Usus dan Perkembangan Kanak-Kanak
Turut dilancarkan ialah Labrich TriBio Kids, yang dibangunkan hasil permintaan tinggi daripada komuniti pengguna Labrich sendiri.
Produk dengan tagline “Happy Tummies, Happy Kids” ini diformulasikan khusus untuk menyokong tumbesaran sihat kanak-kanak menerusi penjagaan kesihatan usus.
Menurut Labrich, ramai ibu bapa berkongsi bahawa anak-anak mereka gemar mengambil TriBio milik ibu bapa di rumah, sekali gus mendorong pembangunan formulasi khas yang lebih sesuai untuk keperluan kanak-kanak.
TriBio Kids hadir dalam bentuk tablet kunyah berperisa strawberi dengan kandungan:
- 5 bilion CFU probiotik
- 30mg DHA setiap tablet
Manfaat utama TriBio Kids termasuk:
- Menyokong kesihatan sistem pencernaan
- Membantu menguatkan sistem imun melalui Vitamin C dan Zink
- Menyokong perkembangan otak menerusi DHA, Choline dan Lutein
- Membantu meningkatkan selera makan melalui Lysine
Produk ini turut menggunakan lima strain probiotik yang sama seperti rangkaian TriBio lain serta dirumus agar lembut pada sistem pencernaan kanak-kanak.
CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM KINI WAJAH RASMI LABRICH
Dalam majlis sama, Labrich turut mengumumkan pelantikan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai duta rasmi jenama.

MESEJ DISEBALIK KERJASAMA INI
Pemilihannya dianggap selari dengan nilai yang dibawa oleh Labrich iaitu gaya hidup aktif, keyakinan diri, penjagaan kesihatan dan inspirasi kepada masyarakat.
Melalui kerjasama ini, Labrich berharap dapat menyampaikan mesej bahawa kesihatan sebenar bermula dari dalam tubuh dan memberi kesan positif terhadap setiap aspek kehidupan.

“Bagi kami, kesihatan bukan sekadar bebas daripada penyakit. Kesihatan ialah membantu setiap individu menjadi versi terbaik diri mereka pada setiap fasa kehidupan. Itulah komitmen yang terus memacu inovasi Labrich,” kata pengasasnya.
MENERAJUI PENYELESAIAN KESIHATAN BERASASKAN SAINS
Pelancaran TriBio Women Wellness dan TriBio Kids membuktikan komitmen Labrich dalam memperluaskan rangkaian produk kesihatan yang memenuhi keperluan seluruh keluarga.

Daripada kesihatan usus dan kecantikan dalaman, kepada kesejahteraan wanita serta perkembangan kanak-kanak, Labrich terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang menawarkan penyelesaian kesihatan berasaskan sains, inovasi dan kepercayaan.
Dengan gabungan formulasi premium, penyelidikan saintifik dan pendekatan holistik, Labrich optimis mampu membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih sihat, aktif dan berkualiti pada setiap peringkat usia.
