Posted in

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT PERTAMA DI DUNIA, AMAZING!

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

GINTELL Lancar S8 MAXX AI Stretch-Robot Pertama di Dunia, Revolusi Baharu Teknologi Urutan Pintar Berasaskan AI

S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

GINTELL terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri penjagaan kesihatan dan kecergasan di Malaysia menerusi pelancaran GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot, yang diperkenalkan sebagai Stretch-Robot pertama di dunia. Pelancaran bersejarah itu berlangsung di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre sempena sambutan Hari Bapa, sekali gus membuka lembaran baharu dalam teknologi kesejahteraan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

PERINTIS ROBOTIK AI, SIHAT BERSAMA GINTELL

Mengangkat slogan “Perintis Robotik AI, Sihat Bersama GINTELL”, produk inovatif ini bukan sekadar sebuah kerusi urut premium, malah sebuah Stretch-Robot generasi baharu yang direka untuk memberikan pengalaman regangan, fisioterapi dan urutan pintar secara automatik mengikut keperluan unik setiap pengguna.

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

TEKNOLOGI AI BAHARU MENTAKRIFKAN SEMULA PENGALAMAN URUTAN

Pelancaran GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot membuktikan komitmen GINTELL dalam memperkenalkan inovasi bertaraf dunia kepada pengguna Malaysia.

DATO’ SERI MASTER CHRIS LEONG

Majlis tersebut dihadiri oleh barisan pengurusan GINTELL, pihak pengurusan 1 Utama Shopping Centre, para tetamu kehormat, rakan media serta duta GINTELL, Dato’ Seri Master Chris Leong, yang turut berkongsi pengalaman menggunakan teknologi terkini ini.

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

Menurut beliau, gabungan teknologi robotik pintar dan fisioterapi moden menjadikan GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot sebagai antara inovasi paling lengkap dalam membantu pengguna mendapatkan pengalaman urutan yang lebih efektif serta meningkatkan kesejahteraan tubuh.

URUTAN LEBIH PINTAR

14 CIP ROBOTIK AI & 20 SENSOR BADAN

Keistimewaan utama GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot terletak pada keupayaannya mengenal pasti bentuk badan pengguna secara automatik menerusi 20 sensor badan pintar serta 14 cip Robotik AI yang dipasang pada bahagian kaki. Teknologi ini membolehkan sistem:

✔ Mengesan struktur badan secara automatik
✔ Menyesuaikan regangan mengikut fleksibiliti individu
✔ Memberikan tekanan urutan yang lebih tepat
✔ Menawarkan pengalaman terapi yang diperibadikan

Selain itu, sistem AI Stretch Technology membolehkan setiap sesi urutan menjadi lebih selesa, efektif dan selamat tanpa memerlukan pelarasan manual.

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

BEBOLA URUTAN KEMBAR ROBO AI

BERIKAN TERAPI MENYELURUH

Tidak seperti kerusi urut konvensional, GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot hadir dengan Robo AI Dual Massage Balls yang mampu melakukan urutan serentak pada bahagian atas dan bawah belakang badan. Gabungan teknologi ini menghasilkan:

✔ Urutan lebih menyeluruh
✔ Tekanan lebih sekata
✔ elegaan otot yang lebih efektif
✔ Pengalaman seperti menerima rawatan daripada ahli terapi profesional

Teknologi tersebut membantu mengurangkan ketegangan otot serta memberikan rasa relaks selepas aktiviti harian yang padat.

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

PROGRAM LATIHAN FISIO BERPANDUKAN AI ROBOT COACH

Salah satu ciri paling inovatif yang diperkenalkan ialah Program Latihan Fisio AI, yang direka untuk membantu meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti badan. Antara mod yang ditawarkan termasuk Cycling Mode dan PNF Stretch (Proprioceptive Neuromuscular Facilitation)

Keseluruhan latihan dipandu oleh AI Robot Coach Voice Guide, yang memberi arahan secara interaktif bagi memastikan setiap regangan dilakukan dengan lebih tepat dan selamat.

Program ini memberi tumpuan kepada bahagian badan yang sering mengalami ketegangan seperti leher, bahu, pinggang, lutut dan buku lali. Ia sesuai digunakan oleh individu yang mengalami kekejangan otot, pekerja pejabat, warga emas mahupun mereka yang aktif bersukan.

PELANCARAN MERIAH BERSAMA DATO’ SERI MASTER CHRIS LEONG

Majlis pelancaran berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Persembahan tarian singa, Demonstrasi GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot, Sesi Meet & Greet bersama Dato’ Seri Master Chris Leong, Permainan mini interaktif dan cabutan hadiah kepada pengunjung

GINTELL S8 MAXX AI STRETCH-ROBOT

Lebih istimewa, pelanggan bertuah yang membeli kerusi urut GINTELL pada hari pelancaran turut menerima rawatan pembetulan tulang secara percuma daripada Dato’ Seri Master Chris Leong. Acara tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama para tetamu dan jamuan khas yang disediakan kepada pihak media serta jemputan.

www.gintell.com

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *