Posted in

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

Nourul Depp Bawa Nafas Baharu “Andai Ku Kenali Ku”, Konsert For You Nourul 30 Mei Di Zepp KL Jadi Momen Penuh Emosi & Kejutan.

FOR YOU NOURUL

Konsert sulung yang cukup dinanti, For You Nourul, dijangka menjadi antara malam paling emosional tahun ini apabila penyanyi bersuara lunak, Nourul Depp, kembali ke pentas utama dengan penuh makna, nostalgia dan kejutan istimewa buat peminat setia.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei 2026, konsert ini bukan sekadar persembahan solo pertama Nourul, tetapi sebuah perjalanan seni yang meraikan lebih tiga dekad dalam industri muzik tanah air.

‘ANDAI KU KENALI KU’ – DIBERI NAFAS BAHARU

JADI KEMUNCAK EMOSI PADA MALAM KONSERT

Antara momen paling dinanti sudah pasti pelancaran semula lagu ikonik “Andai Ku Kenali Ku”, karya asal ciptaan Yasin Sulaiman dengan lirik oleh Eena Houzyama yang kini diberi sentuhan baharu khas untuk konsert ini.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

Lagu yang telah berusia lebih 15 tahun itu dirakam semula dengan susunan muzik baharu oleh pengarah muzik konsert, Eddie Slam, menjadikannya lebih segar, matang dan sarat emosi. Versi baharu ini akan dilancarkan secara rasmi di semua platform digital selepas konsert, sekaligus menjadi simbol penting kebangkitan semula perjalanan seni Nourul.

KISAH JIWA & PERJALANAN HIDUP DALAM SATU LAGU

Bagi Nourul, lagu ini bukan sekadar karya muzik, tetapi refleksi perjalanan hidup – daripada jatuh bangun sebagai anak seni, sehinggalah fasa mencari diri dan ketenangan. Beliau berkongsi bahawa proses kembali kepada muzik kali ini hadir dengan jiwa yang lebih tenang dan matang, menjadikan setiap bait lagu lebih jujur dan dekat dengan realiti kehidupan.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL: LEBIH DARI SEKADAR KONSERT

Dianjurkan oleh ND Entertainment dan dijangka menjadi malam penuh kenangan yang menghimpunkan lagu-lagu hit seperti Kerana Terluka dan Cinta Azali. Lebih istimewa, konsert ini turut menampilkan penyanyi undangan Mimifly yang akan menambah warna pada persembahan malam tersebut.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

PERSIAPAN RAPI WALAUPUN JARAK JAUH

Walaupun kini menetap di Bali, Indonesia, Nourul tetap komited menjalani latihan intensif termasuk vokal, stamina dan koreografi bagi memastikan persembahan berada pada tahap terbaik. Beliau turut menekankan bahawa konsert ini bukan tentang glamor, tetapi penghargaan terhadap perjalanan seni dan peminat yang setia sejak awal kerjaya.

TIKET KONSERT FOR YOU NOURUL

Tiket masih lagi boleh didapati dengan kategori berikut dan Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

✔ RM198 – Sehati Sejiwa
✔ RM298 – Cinta Azali
✔ RM328 – Keliru
✔ RM388 – Kerana Terluka
✔ RM6,000 – VIP Box

MALAM SEJARAH BUAT PEMINAT NOORUL

For You Nourul dijangka menjadi malam yang menyatukan emosi, nostalgia dan penghargaan seni dalam satu pentas istimewa – sebuah detik di mana muzik bukan sekadar hiburan, tetapi kisah kehidupan yang dirasai bersama.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *