Ella kembali ke Pulau Pinang untuk konsert Homecoming 60 Permata Biru 2026 di Stadium Batu Kawan. Tiket serendah RM39, gabungan muzik, nostalgia & misi kebajikan.
HOMECOMING 60 PERMATA BIRU
Ratu rock negara, Ella, sekali lagi mencipta detik bersejarah dalam industri muzik tanah air menerusi penganjuran konsert mega “Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru”, yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang.

Pengumuman rasmi dibuat dalam sidang media eksklusif di Odeon Kuala Lumpur, menandakan kesinambungan kepada kejayaan luar biasa konsert terdahulu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menghimpunkan lebih 55,000 peminat.
HOMECOMING PENUH EMOSI : SIMBOL KEPULANGAN IKON ROCK!
Edisi kali ini membawa makna yang lebih mendalam apabila Ella kembali ke negeri kelahirannya, Pulau Pinang. Bersempena ulang tahun ke-60 beliau, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah perjalanan emosi yang menghubungkan hampir empat dekad legasi seni dengan akar asalnya.

Lebih istimewa, Ella bakal mencipta sejarah sebagai artis pertama mengadakan konsert solo di Stadium Batu Kawan, menjadikan acara ini antara yang paling dinanti-nantikan di Utara Malaysia.
BUKAN SEKADAR KONSERT
MISI ‘PEACE, LOVE, RINDU’
Mengangkat tema “Peace. Love. Rindu.”, konsert ini tampil dengan pendekatan unik yang menggabungkan hiburan dan tanggungjawab sosial. Setiap pemegang tiket turut berpeluang memilih saluran sumbangan mereka — menjadikan pengalaman konsert lebih bermakna dan berimpak.

Sebahagian hasil jualan tiket akan disalurkan kepada organisasi kebajikan seperti:
✔ Angkatan Belia Islam Malaysia (Peace)
✔ Yayasan Kebajikan Negara (Love)
✔ Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (Rindu)
TIKET SERENDAH RM39.00 !
Dalam usaha menjadikan konsert ini lebih inklusif dimana harga tiket bermula serendah RM39 dimana akses awal untuk peminat setia bermula 8 Mei 2026. Jualan untuk umum akan dibuka pada 11 Mei 2026. Langkah ini mencerminkan komitmen penganjur untuk memastikan semua lapisan peminat dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman bersejarah ini.

DEDIKASI DAN VISI PENGANJUR
Menurut Rohit Rampal, konsert ini lebih daripada sekadar hiburan:
“Majlis Tertinggi Rockqueen adalah sebuah gerakan yang menyatukan peminat melalui muzik, emosi dan mesej bermakna.”

Sementara itu, Ella menegaskan bahawa konsert ini adalah refleksi perjalanan hidup dan seninya:
“Ini bukan sekadar konsert, tetapi platform untuk berkongsi nilai, kenangan dan rasa cinta bersama peminat.”
SATU MALAM, LEGASI 40 TAHUN, SEJARAH BAHARU
Dengan gabungan elemen nostalgia, produksi bertaraf tinggi dan misi kemanusiaan, “Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru” dijangka menjadi antara konsert terbesar dan paling emosional tahun 2026.
credit photo: Maestromediamy
