Seminyak Indonesian Soulfood Kembangkan Jenama dengan Lokasi Premium di Kuala Lumpur.
SEMINYAK INDONESIAN SOULFOOD
Seminyak Indonesian Soulfood terus mencuri perhatian pencinta makanan nusantara apabila secara rasmi membuka cawangan keduanya di KLGCC Mall. Selepas kejayaan cawangan pertama di Sunway Pyramid pada Jun 2025, jenama ini kini melangkah ke segmen lebih premium dengan menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih eksklusif, moden dan selesa.

INSPIRASI BALI, RASA AUTENTIK INDONESIA
Mengambil inspirasi daripada suasana tropika Bali, Seminyak tampil dengan konsep restoran yang menggabungkan elemen tradisional Indonesia dan sentuhan kontemporari. Reka bentuk dalaman yang hangat dengan elemen semula jadi memberikan pengalaman santai namun elegan—sesuai untuk keluarga, rakan mahupun urusan perniagaan.
EMPAT PENGASAS SEMINYAK
Di sebalik jenama ini, empat pengasas iaitu Lina Rahim, Leta Juangku, Tania Arlene dan Datin Nelydia berkongsi visi memperkenalkan “Indonesian soulfood” dalam gaya yang lebih segar dan mudah didekati.

MENU SIGNATUR : TARIKAN UTAMA
RICE BOWL NASI JINGGO
Keunikan Seminyak terletak pada penggunaan resipi autentik dari pelbagai wilayah Indonesia. Konsep Indonesian Rice Bowl Nasi Jinggo ini menjadikan Seminyak antara pelopor hidangan tersebut di Malaysia. Ini termasuk:
✔ Nasi Jinggo Ayam Bakar

✔ Nasi Jinggo Empal Beef Seminyak

✔ Nasi Jinggo Ayam Betutu
✔ Nasi Jinggo Bebek Kremes

MI BUATAN TANGAN
Selain itu, mi buatan tangan yang segar setiap hari turut menjadi signature, menawarkan tekstur dan rasa yang lebih asli. Semua hidangan menggunakan bahan halal berkualiti tinggi, dengan harga antara RM16 hingga RM70—sesuai untuk pelbagai golongan.
LOKASI STRATEGIK UNTUK PENGALAMAN DINING PREMIUM?
Pemilihan KLGCC Mall bukan kebetulan. Dengan suasana eksklusif berlatarbelakangkan padang golf, lokasi ini memberikan pengalaman dining yang lebih premium dan tenang—selari dengan aspirasi jenama. Pembukaan rasmi pada 9 April 2026 turut diserikan dengan acara tradisional seperti potong tumpeng, simbol kesyukuran dan permulaan baharu dalam budaya Indonesia.

LEBIH DARIPADA SEKADAR RESTORAN
Menurut pihak pengurusan, ini bukan sekadar menawarkan makanan. “Kami mahu setiap hidangan membawa rasa ‘rumah’—hangat, autentik dan penuh emosi.” Pendekatan ini menjadikan Seminyak bukan hanya tempat makan, tetapi destinasi pengalaman budaya yang menghubungkan rasa dan memori.

SASAR PASARAN ASEAN UNTUK SEMINYAK
Dengan pembukaan cawangan kedua ini, kini berada di landasan kukuh untuk berkembang lebih jauh. Antara perancangan masa depan termasuk:
✔ Pembukaan cawangan baharu di luar Kuala Lumpur
✔ Pengembangan produk makanan berbungkus
✔ Penembusan pasaran ASEAN melalui kerjasama strategik
Pembukaan Kali ini bukan sekadar ekspansi jenama—ia adalah simbol evolusi pengalaman dining Indonesia di Malaysia. Dengan gabungan rasa autentik, suasana premium dan strategi pertumbuhan agresif, Seminyak bersedia menjadi destinasi wajib bagi pencinta makanan nusantara.
