TEAZEN KOMBUCHA NO.1 KOREA KINI DI WATSONS MALAYSIA, BEST!

TEAZEN, jenama kombucha No.1 Korea kini rasmi di Watsons Malaysia. Nikmati kombucha halal, rendah kalori dan promosi khas RM20 sempena Watsons K-Beauty Festa 2026.

TEAZEN

Jenama kombucha No.1 dari Korea, TEAZEN, kini rasmi memasuki pasaran tempatan menerusi pelancaran eksklusif di Watsons Malaysia sempena acara mega Watsons K-Beauty Festa 2026. Kehadiran jenama popular ini dijangka mencetus fenomena baharu dalam kategori minuman kesihatan dan gaya hidup moden di Malaysia.

TEAZEN KOMBUCHA NO.1

Pelancaran ini memperkenalkan dua produk utama TEAZEN iaitu Kombucha dan Apple Cider Vinegar, direka khas untuk pengguna moden yang mahukan pilihan minuman sihat, mudah dan praktikal untuk rutin harian.

TEAZEN KOMBUCHA NO.1

KOMBUCHA PILIHAN SIHAT GAYA HIDUP AKTIF

Rangkaian kombucha TEAZEN hadir dalam dua perisa premium yang menyegarkan iaitu Shine Muscat dan Sicily Lemon. Ia menawarkan sensasi minuman berbuih yang lazat sambil membantu menyokong kesihatan usus.

SHINE MUSCAT & SICILY LEMON

Lebih menarik, kombucha ini hadir dalam bentuk serbuk sachet segera yang mudah larut walaupun dalam air sejuk hanya dalam masa tiga saat. Sangat sesuai untuk pengguna sibuk yang sentiasa bergerak.

TEAZEN KOMBUCHA NO.1

Setiap stick hanya mengandungi 15 kalori, bebas gula dan sifar alkohol. Formulasinya turut diperkaya dengan 12 jenis lactobacillus serta ekstrak teh fermentasi yang membantu sistem pencernaan dan imunisasi badan. Dengan lebih 400 juta stick terjual di seluruh dunia, TEAZEN membuktikan popularitinya sebagai jenama kombucha paling dipercayai dari Korea.

APPLE CIDER VINEGAR MODEN & LEBIH SEDAP

Selain kombucha, TEAZEN turut membawa masuk rangkaian Apple Cider Vinegar dalam bentuk sachet mudah bancuh. Setiap paket mengandungi 1,500mg serbuk cuka epal sider bersamaan 1,800mg asid organik.

TEAZEN KOMBUCHA NO.1

Produk ini diperbuat daripada epal hijau Korea premium yang mempunyai dua kali ganda kandungan polifenol berbanding epal merah. Ia membantu menyokong sistem penghadaman, hidrasi dan kesihatan usus tanpa rasa masam kuat seperti cuka tradisional.

HALAL & SESUAI UNTUK PENGGUNA MALAYSIA

Semua produk TEAZEN telah mendapat pensijilan Halal, menjadikannya pilihan selamat dan diyakini pengguna Muslim di Malaysia. Ini membuktikan komitmen jenama antarabangsa tersebut dalam memenuhi keperluan pasaran tempatan.

TEAZEN KOMBUCHA NO.1

HARGA PROMOSI RM20 SAJA DI WATSONS

Sempena Watsons K-Beauty Festa 2026, semua produk TEAZEN yang dijual pada harga runcit RM32.90 kini boleh didapati pada harga promosi RM20 sahaja. Lebih menarik, pelanggan yang membeli mana-mana produk TEAZEN akan menerima Botol Air TEAZEN percuma, manakala pembelian dua produk pula melayakkan anda menerima Kad Foto Twice eksklusif.

TEAZEN KOMBUCHA NO.1

Dengan kemunculan rasmi ini, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kombucha premium Korea dengan lebih mudah di semua cawangan Watsons seluruh negara serta platform dalam talian.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *