🧧 Giant Bandar Kinrara Anjur Majlis Gaul Yee Sang, Satukan Komuniti & Pacu Kemakmuran Tahun Baharu Cina
GIANT BANDAR KINRARA
Di bawah pengurusan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, telah menganjurkan Majlis Gaul Yee Sang yang penuh bermakna sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Menghimpunkan pemimpin komuniti, wakil kerajaan, rakan niaga, penyewa serta media dalam suasana muhibah dan kemakmuran.

KOLABORASI BERSAMA
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ng Sze Han, ADUN Bandar Kinrara bersama barisan Ahli Majlis, wakil SUK serta pengurusan kanan GCH Retail Malaysia. Kehadiran pelbagai pihak ini mencerminkan semangat kolaborasi dan hubungan erat antara sektor runcit dan komuniti setempat.
Dalam ucapan alu-aluan, Rebecca Phan, Ketua Pajakan dan Pembangunan Perniagaan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, menegaskan bahawa tradisi Yee Sang melambangkan aspirasi bersama untuk pertumbuhan dan kejayaan berterusan.

“Acara ini bukan sekadar meraikan tradisi, tetapi mencerminkan komitmen kami terhadap perpaduan, kolaborasi dan kemakmuran bersama. Kami percaya hubungan kukuh bersama pemegang taruh dan komuniti akan mencipta nilai jangka panjang,”
-Rebecca Phan, Ketua Pajakan dan Pembangunan Perniagaan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd
PERSEMBAHAN GENDANG
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan diikuti persembahan gendang yang bertenaga, sebelum diteruskan dengan sesi bergambar dan kemuncak acara – upacara Gaul Yee Sang yang penuh simbolik. Suasana semakin meriah dengan persembahan tarian singa akrobatik bersama maskot kuda di kawasan parkir luar, menandakan permulaan tahun yang penuh tuah.

MAJLIS GAUL YEE SANG
Lebih daripada sekadar acara perayaan, Majlis Gaul Yee Sang Giant Bandar Kinrara memperkukuh komitmen pusat beli-belah ini dalam menyokong ekosistem runcit yang mampan dan dinamik. Inisiatif seperti ini membuktikan peranan Giant Bandar Kinrara sebagai hab komuniti yang aktif, bukan sekadar destinasi membeli-belah.

Sambutan ini menjadi pembuka tirai tahun baharu yang sarat dengan harapan, mempererat hubungan strategik serta memacu pertumbuhan bersama pada masa hadapan.
