YA RAYA – BELLA ASTILLAH & FIPPER HIDUPKAN SEMANGAT RAYA

Single Raya “Ya Raya” – Ceria & Penuh Kesyukuran bersama Bella Astillah & Fipper!

YA RAYA

Penyanyi dan pelakon terkenal Bella Astillah menghangatkan suasana Aidilfitri tahun ini dengan single terbaru “Ya Raya”. Lagu ciptaan Rudeen dan Exactesy, diterbitkan oleh Exactesy, menggabungkan elemen muzik moden dan tradisional. Hasilnya, sebuah lagu Raya segar, tetapi tetap dekat di hati pendengar.

YA RAYA - BELLA ASTILLAH & FIPPER

“Bila pertama kali dengar demo Ya Raya, saya terus rasa dia positif dan menggambarkan suasana Raya. Lagu ni lebih ringan, penuh kesyukuran dan nak meraikan masa bersama keluarga dan kawan-kawan,”

-kongsi Bella Astillah

CHORUS CATCHY

Walaupun berjiwa ceria, rakaman “Ya Raya” hadir dengan cabaran. Bella demam ketika rakaman, namun berjaya mengekalkan tenaga dan keaslian vokal. Part chorus yang catchy menjadi favoritnya, membuatkan semua orang di studio turut menyanyi.

YA RAYA - BELLA ASTILLAH & FIPPER

GABUNGAN MODEN & TRADISIONAL

Keistimewaan lagu ini adalah keseimbangan antara bunyi klasik dan sentuhan kontemporari. Sesuai untuk semua lapisan pendengar, ia menekankan momen-momen kecil dan bermakna bersama insan tersayang.

KOLABORASI BERSAMA FIPPER

Kolaborasi Bella Astillah dengan Fipper bukan sekadar muzik, tetapi gaya hidup Aidilfitri. Fipper menekankan keselesaan dan gaya santai, menjadikan Raya lebih dekat dengan kehidupan sebenar peminat.

YA RAYA - BELLA ASTILLAH & FIPPER

“Bella Astillah adalah figura positif dan autentik, selari dengan identiti Fipper yang meraikan keaslian, keselesaan, dan gaya hidup rakyat Malaysia,” kata wakil Fipper.

BAGI UNIVERSAL MUSIC

Pihak Universal Music Malaysia memilih lagu ini berdasarkan melodi, lirik, dan potensi komersial. Kolaborasi dengan Fipper memberi pendekatan organik, menghasilkan lagu Raya yang tulen, mudah melekat di ingatan, dan dekat di hati pendengar.

HARAPAN BELLA ASTILLAH

Bella berharap “Ya Raya” menjadi lagu pengiring setiap momen Aidilfitri.

YA RAYA - BELLA ASTILLAH & FIPPER

“Raya datang setahun sekali, jadi gunakan masa ni untuk memaafkan, bersyukur, dan cipta kenangan indah. Semoga Ya Raya menemani detik bahagia bukan sahaja tahun ini tetapi tahun-tahun akan datang.”

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *