Milolo mencipta rekod Malaysia Book of Records apabila 300 peminat menyertai acara membuka blind box di Central i-City, Shah Alam sempena pembukaan cawangan ke-10.
MILOLO
300 peminat mainan pereka cipta sejarah bersama Milolo apabila acara blind box terbesar Malaysia direkodkan dalam Malaysia Book of Records di Shah Alam

MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Syarikat mainan pereka tempatan, Milolo, mencipta sejarah apabila seramai 300 peminat mainan berjaya direkodkan sebagai Peserta Teramai Dalam Acara Membuka Blind Box di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.

Acara gilang-gemilang ini menghimpunkan komuniti peminat mainan pereka dari seluruh negara bagi meraikan fenomena blind box serta pelancaran harta intelek (IP) tempatan pertama Milolo, Abby the Sheep.
PEMBUKAAN CAWANGAN KE-10
Rekod tersebut dicapai bersempena pembukaan rasmi cawangan ke-10 Milolo di Central i-City, Shah Alam, yang kini menjadi cawangan terbesar jenama itu. Selain koleksi IP tempatan seperti Abby the Sheep, premis baharu ini turut menawarkan pelbagai blind box, art toys dan koleksi popular antarabangsa termasuk The Monsters, Twinkle Twinkle dan Crayon Shinchan.

CABUTAN BERTUAH
Ruang Legar Utama Central i-City telah bertukar menjadi zon pengalaman mainan pereka sepanjang hari, membolehkan pengunjung berinteraksi, berkongsi minat serta menyertai aktiviti komuniti. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran cosplayer terkenal serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti iPhone 17 Pro, iPad dan Apple Watch.

KOLEKSI TERBARU DARI MILOLO
ABBY THE SHEEP
Watak utama acara, Abby the Sheep, tampil sebagai simbol identiti kreatif tempatan dengan rekaan gebu, ekspresi comel dan pakaian unik yang mencerminkan gabungan imaginasi serta emosi positif.

WHY SO MALAYSIA!
Milolo turut memperkenalkan siri Why So Malaysia!, koleksi mainan pop berinspirasikan budaya dan gaya hidup tempatan yang diraikan dalam bentuk estetik moden dan mesra pengumpul.

Menurut Pengarah Milolo, Datuk Millan Lee, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan syarikat, malah membuktikan sokongan kukuh komuniti terhadap industri mainan seni tempatan. Beliau menegaskan Milolo akan terus memperluaskan portfolio IP sendiri, memperkukuh kerjasama lesen global dan membangunkan konsep “retailtainment” bagi menarik lebih ramai peminat.

Ditubuhkan pada 2021, Milolo berkembang pesat seiring populariti blind box dan kini memiliki rangkaian kedai di lokasi utama termasuk Pavilion Bukit Jalil, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan 1 Utama. Kejayaan ini turut mencerminkan pertumbuhan industri mainan pop Malaysia yang semakin pesat dan berpotensi besar di peringkat serantau.
