LOKALOKO 2026: IRAMA DUA DUNIA GEGAR ZEPP KL?

LOKALOKO 2026: Irama Dua Dunia Gegarkan Zepp Kuala Lumpur. Butterfingers, Amir Jahari, The Lantis & FUGŌ Satukan Jiwa Malaysa-Indonesia.

LOKALOKO 2026

Tahun baru, muzik baru! Konsert LOKALOKO 2026 bakal membuka tirai pada 24 Januari 2026 di Zepp
Kuala Lumpur, membawa gabungan rentak Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas. Bukan sekadar
konsert, genre, generasi atau sempandan tetapi ianya tentang satu manifestasi yang menyatukan
semua.

LOKALOKO 2026

Konsert LOKALOKO – Merayakan Muzik Rentas Sempadan. Dua persembahan, Satu pentas, LOKA tanpa henti! Gabungan muzik diantara artis legend dan bintang generasi baharu dari dua negara, dengan membawakan variasi genre dari era yang berbeza. Ketepikan dulu sempadan, bersama muzik kita raikan!

ADA DUA SEISI

Konsert ini dibahagikan kepada dua sesi, masing-masing dengan vibe tersendiri.

BUTTERFINGERS FT. AMIR JAHARI – 3 PETANG

LOKALOKO 2026

BUTTERFINGERS

Segmen pertama bakal menampilkan Butterfingers, kumpulan yang berpaksikan irama grunge dan
tidak perlu diperkenalkan lagi, kini mereka kembali menggegarkan pentas. Terkenal dengan lagu-lagu
ikonik seperti “The Chemistry (Between Us)”, “Epitome”, dan “Faculties of the Mind”, Butterfingers
dikenang sebagai simbol zaman keemasan muzik alternatif 90-an tempatan.

LOKALOKO 2026

AMIR JAHARI

Lebih menarik, persembahan ini akan menampilkan kolaborasi khas bersama penyanyi dan komposer
berbakat besar, Amir Jahari anak kelahiran Kuching yang terkenal dengan suara merdu dan lagu-lagu
beremosi seperti “Hasrat” dan “Tanpamu (Re-Imagine feat. Nana Sheme)”.

LOKALOKO 2026

Gabungan dua generasi ini dijangka menghadirkan pengalaman muzik luar biasa di mana semangat
rock Butterfingers berpadu dengan kelembutan jiwa akustik Amir Jahari, bakal membawa penonton
menelusuri perjalanan emosi dan nostalgia.

THE LANTIS FT. FUGŌ – 8 MALAM

LOKALOKO 2026

THE LANTIS

Segmen malam pula menjanjikan getaran lebih segar dengan kemunculan The Lantis, kumpulan pop
retro dari Indonesia yang kini mencuri perhatian peminat muzik serantau. Dikenali menerusi lagu viral
mereka “Lampu Merah” dan “Bunga Maaf”, The Lantis membawa elemen nostalgia 70-an dan 80-an
ke dalam pop kontemporari yang mesra telinga generasi muda.

LOKALOKO 2026

FUGŌ

Mereka akan berkongsi pentas dengan Fugo, band indie tempatan yang kian menyerlah dengan identiti
unik serta nuansa nu-vintage. Lagu seperti “Pentas Sandiwara” dan “99” membuktikan kemampuan
mereka mempersembahkan muzik yang kreatif, segar dan berjiwa global.

LOKALOKO 2026

HARGA TIKET

Menurut penganjur, Milestone Entertainment, Lokaloko bukan sekadar konsert, ia menjadi ruan
untuk artis lama dan bakat baharu berkongsi pentas, mencipta kenangan baharu buat penonton dari
pelbagai generasi.

Harga tiket bermula dari RM148 dan anda boleh mendapatkan pakej bundle untuk tiket Standing,
memberikan akses ke kedua-dua sesi dengan harga istimewa. Semua harga tiket tertakluk kepada
yuran tempahan RM6 dan cukai SST 8%, manakala pemegang kad Maybank layak menikmati diskaun
10%. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

Website TicketMelon | Website Milestone

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge