Hospital swasta utama pertama Selgate Corporation iaitu Selgate Specialist Hospital Rawang menetapkan standard baharu bagi penjagaan kesihatan di Selangor.
SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG
Selgate Corporation pada hari ini mencatat satu pencapaian penting dengan pembukaan Selgate Specialist Hospital Rawang (SSH Rawang) — pusat penjagaan kesihatan swasta utama pertama syarikat berkenaan di Selangor.
Pelancaran SSH Rawang mencerminkan visi jangka panjang Selgate untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi, penuh belas ihsan dan mudah diakses oleh warga masyarakat di seluruh Selangor.

SEMPENA PEMBUKAAN
Bagi meraikan pembukaan ini, hospital akan menganjurkan Hari Pembukaan SSH Rawang dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, dengan tawaran pemeriksaan kesihatan asas percuma (BMI, tekanan darah, ujian glukosa) serta pemberian kek cawan khas untuk pengunjung sepanjang minggu.
MELESTARIKAN SATU DEKAD PENJAGAAN DAN INOVASI
Dengan peningkatan keperluan penjagaan kesihatan yang dipacu urbanisasi, kehadiran Selgate di Rawang merupakan pelaburan yang tepat pada masanya bagi memperkukuh infrastruktur kesihatan di rantau ini.

HOSPITAL PAKAR
SSH Rawang dibangunkan sebagai sebuah hospital pakar yang dipercayai bagi masyarakat setempat, yang menawarkan khidmat penjagaan harian yang lebih peribadi, bagi merapatkan jurang antara hospital pakar dan klinik komuniti. Pembukaan ini turut menandakan kemuncak perjalanan Selgate selama sedekad dalam dunia penjagaan kesihatan Malaysia.

JENAMA SELCARE
Kumpulan ini mengorak langkah pertamanya melalui jenama Selcare, meliputi rangkaian klinik GP, klinik pergigian, makmal diagnostik, farmasi serta perkhidmatan kejururawatan di rumah.
PROGRAM KEBAJIKAN
Di samping itu, Selcare juga menguruskan pelbagai program kebajikan dan kesihatan negeri bagi Kerajaan Negeri Selangor — seperti SELVAX (program vaksinasi Covid-19) dan Selangor Saring (saringan kesihatan percuma) yang telah memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 penduduk sejak pelaksanaannya.
INOVASI DIGITAL
Inovasi digital Selgate menerusi aplikasi Selangkah turut merevolusikan cara rakyat Malaysia mengakses penjagaan kesihatan sewaktu krisis pandemik, dan membolehkan penjejakan kesihatan secara masa nyata, penjadualan vaksinasi, serta interaksi mudah antara pengguna dengan klinik dan penyedia perkhidmatan.

Kini, dengan pelancaran SSH Rawang, Selgate menggabungkan kepakaran digital, operasi dan komuniti di lokasi yang sama melalui sistem hospital bersepadu sepenuhnya dalam aplikasi Selangkah. Ini menawarkan satu pengalaman digital menyeluruh untuk pesakit, daripada proses pendaftaran hingga ke pembayaran.

PENANDA ARAS
SSH Rawang turut menjadi penanda aras untuk hospital Selgate akan datang di Sepang dan Setia Alam yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2026, sebahagian daripada aspirasi Selgate untuk memperkukuh ekosistem khidmat penjagaan kesihatan di Selangor. Fasiliti Moden, Sentuhan Insani
LOKASI SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG
Terletak secara strategik di Persiaran Anggun Ria, Sungai Bakau, Rawang, hospital ini merangkumi keluasan kira-kira 261,000 kaki persegi dan mampu menampung 224 katil. SSH Rawang turut menyediakan lebih daripada 500 petak meletak kenderaan di aras bawah dan di bangunan parkir bertingkat bagi menjamin kemudahan akses serta keselesaan pesakit dan pengunjung.

Hospital swasta ini menempatkan pelbagai perkhidmatan kepakaran dan diagnostik, termasuk ortopedik, obstetrik dan ginekologi, pediatrik dan kardiologi pediatrik. Juga oftalmologi, ENT, pembedahan bariatrik, pembedahan mikro dan tangan, pembedahan am, perubatan am, perubatan dalaman, radiologi serta anestesiologi.
REKA BENTUK
Setiap aspek reka bentuk SSH Rawang dirancang dengan mengambil kira keselesaan dan kebolehcapaian — daripada ruang menunggu yang mesra keluarga sehinggalah sistem digital yang dikuasai aplikasi Selangkah yang memperkemas proses janji temu, kemasukan, dan rundingan susulan bagi menjadikan pengalaman rawatan lebih telus dan efisien.

RAWANG MARATHON
Sebelum pembukaannya, hospital ini telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan komuniti di Rawang dan kini menjadi penaja utama Rawang Marathon yang bakal berlangsung pada 16 November 2025.
Menerusi inisiatif sebegini, Selgate terus menegaskan peranannya sebagai peneraju kesihatan dalam masyarakat dengan menggalakkan langkah pencegahan, gaya hidup aktif dan kesejahteraan menyeluruh di kalangan penduduk. Kumpulan ini percaya bahawa penjagaan kesihatan bukan hanya satu perkhidmatan, ia juga merupakan satu kerja bersama yang dapat memperkasa masyarakat untuk lebih berhubung dan hidup lebih sihat.
BUKAN SEKADAR KEJAYAAN !
“Pembukaan Selgate Specialist Hospital Rawang bukan sekadar satu kejayaan — ia mencerminkan komitmen kami untuk mentakrif semula pengalaman penjagaan kesihatan di Malaysia,”

“Daripada inovasi digital menerusi Selcare dan Selangkah sehinggalah penubuhan hospital pakar kami sendiri, kami telah membina ekosistem penjagaan kesihatan yang benar-benar bersepadu, dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia sama ada secara digital mahupun fizikal.
Matlamat kami ialah untuk memberikan penjagaan yang menggabungkan kecemerlangan klinikal dengan sentuhan insani bagi memastikan setiap pesakit dihargai, didengari dan disokong sepanjang masa mereka ada bersama kami.
-kata Miranda Harumal, Ketua Pegawai Eksekutif, Wilayah Tengah, Selgate Group of Hospitals.
CAWANGAN LAIN
Selepas pembukaan SSH Rawang, Selgate akan meneruskan dengan pelancaran Selgate Specialist Hospital Sepang dan Selgate Specialist Hospital Setia Alam pada tahun 2026. Setiap kemudahan baharu ini akan memperkukuhkan lagi janji Selgate untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang mudah diakses dan penuh belas ihsan. Sambil menetapkan standard baharu untuk pengalaman pesakit dan reka bentuk hospital di Selangor.
