SUGARBUN KERJASAMA DENGAN SEDAPLYCIOUS KE SEMANJUNG MALAYSIA!

SugarBun Kembangkan Sayap ke Semenanjung Malaysia & Antarabangsa Melalui Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious

SUGARBUN

SugarBun Corporation Berhad (SugarBun), kini melangkah ke fasa baharu pertumbuhan dengan menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Sedaplycious Sdn Bhd (Sedaplycious) bagi memperkukuh kehadiran jenama di Semenanjung Malaysia serta pasaran antarabangsa.

Langkah strategik ini menjadi detik penting dalam perjalanan jenama tempatan yang telah sinonim dengan cita rasa unik Borneo. Secara tudak lansung dapat membuka peluang pertumbuhan baharu dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia.

Mengukuhkan Jejak Jenama SugarBun di Peringkat Nasional

Menurut Pengarah Urusan Borneo Oil Berhad, Datuk Joseph Ambrose Lee, kerjasama bersama Sedaplycious ini akan memperkukuh kedudukan SugarBun di luar Sabah dan Sarawak.

SugarBun akan membawa Broasted Chicken, Savoury Rice, dan pelbagai sajian kegemaran Malaysia Timur ke komuniti baharu di seluruh Semenanjung. Dalam masa yang sama, kami membuka peluang pekerjaan, memperkasakan pembekal tempatan serta menawarkan peluang francais kepada para usahawan,

Dengan populasi Semenanjung Malaysia yang tiga kali ganda lebih besar berbanding Malaysia Timur, langkah ini dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kehadiran nasional SugarBun.

Tandatangan Perjanjian Regional Area Development Agreement

Perjanjian Regional Area Development Agreement (RADA) ini telah dimeterai oleh anak syarikat SugarBun, SB Supplies & Logistics Sdn Bhd, yang melantik Sedaplycious sebagai master franchise partner rasmi.

Majlis menandatangani perjanjian ini turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Datuk Nor Azam M. Taib.

SugarBun ialah kisah kejayaan Malaysia Timur yang membanggakan. Pengembangan ke Semenanjung bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi juga memperkenalkan keunikan budaya Borneo melalui warisan kulinari yang kaya,

kata Datuk Ewon.

Peluang Francais Melalui Model SugarBun Express

Ditubuhkan lebih 40 tahun lalu di Sarawak, SugarBun kini mempunyai lebih 104 cawangan, terutamanya di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dengan memperkenalkan model SugarBun Express, jenama ini menawarkan peluang kepada usahawan tempatan untuk menyertai rangkaian francais pada kos lebih rendah.

Model SugarBun Express membolehkan francais beroperasi di kawasan bandar kecil dan pinggir bandar, sambil mengekalkan kualiti pengalaman menjamu selera yang sinonim dengan SugarBun,

 jelas Datuk Joseph.

Kerjasama ini turut dijangka memberikan impak ekonomi positif, termasuk memperluas penglibatan pembekal tempatan, mewujudkan peluang perniagaan baharu serta menyokong pertumbuhan industri francais makanan tempatan.

Sokongan & Visi Sedaplycious: Membawa Cita Rasa Borneo ke Semenanjung

Pengasas Sedaplycious, Sean Leong, menzahirkan keyakinan tinggi terhadap potensi penerimaan cita rasa Borneo di kalangan masyarakat Semenanjung Malaysia.

Saya amat menggemari Broasted Chicken dan Savoury Rice SugarBun. Kami di Sedaplycious komited untuk memperluaskan jenama ini kerana kami yakin masyarakat Semenanjung akan menyukainya. Ini bukan sekadar perniagaan, tetapi misi membawa cita rasa Borneo kepada lebih ramai komuniti,

Pelancaran Sos Baharu: Bornean Tuhau Wild Ginger Chilli Sauce

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran produk terbaharu oleh Sabacco — Bornean Tuhau Wild Ginger Chilli Sauce yang diinspirasikan daripada warisan Kadazan-Dusun di Sabah.

Yup! Sos pedas-masam ini pasti menyerlahkan identiti Borneo yang eksotik dan berani yang bakal diperkenalkan di cawangan SugarBun seluruh Semenanjung Malaysia serta pasaran luar negara.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *