‘KINI PRODUK MR D.I.Y. TAHAN LEBIH LAMA’ , AMAZING!

‘KINI PRODUK MR D.I.Y. TAHAN LEBIH LAMA’ JANJIKAN PENINGKATAN PADA KUALITI & NILAI

KINI PRODUK MR D.I.Y. TAHAN LEBIH LAMA

Kempen itu diadakan dengan mendirikan pop-up booth berbentuk Periuk Nasi Gergasi yang diletakkan di Bukit Bintang. Periuk nasi setinggi 16 kaki ini melambangkan kebolehpercayaan dan keselesaan harian, sama seperti produk-produk jenama ini yang telah diperakui oleh badan kualiti nasional dan antarabangsa.

Antaranya termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara [SPAN] bagi kelengkapan air, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia [SIRIM] untuk piawaian kualiti dan keselamatan, Sijil Pematuhan Piawaian Keselamatan Mainan Eropah [COC EN71] bagi keselamatan mainan, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [MCMC] bagi peralatan multimedia.

Pensijilan ini menegaskan komitmen MR D.I.Y. untuk menyediakan produk yang lebih selamat, lebih tahan lama, dan mematuhi piawaian tertinggi.

Bermula 1 hingga 12 Oktober 2025, pengunjung di Bukit Bintang boleh menikmati pengalaman pop-up yang menyeronokkan, membeli barangan eksklusif, dan menikmati diskaun ke atas produk MR D.I.Y.

Antaranya termasuk periuk nasi, cerek elektrik, seterika, soket sambungan, fon kepala, kipas mudah alih USB, mentol lampu, pembesar suara bluetooth, dan fon telinga.

MR D.I.Y. memeriahkan upacara pelancaran tersebut dengan persembahan tarian yang menampilkan 20 maskot PANDAi.

PLUSHIE BUDDIY

Acara ini turut memperkenalkan barangan edisi terhad – siri patung kecil plushie BUDDiY (Steamie – periuk nasi, Sizzy – seterika, dan A-Ha! – mentol lampu). Beg silang PANDAi yang berharga RM25.90 seunit, juga ditawarkan secara eksklusif di pop-up tersebut. Pengunjung yang berbelanja RM25 dan ke atas untuk produk MR D.I.Y. di situ juga akan menerima patung kecil plushie BUDDiY secara percuma.

LEBIH KREATIF

“Produk-produk ini mencerminkan siapa kami – sebuah jenama yang kreatif, mudah diakses, dan sentiasa mengutamakan pelanggan. Selama lebih 20 tahun, rakyat Malaysia telah mempercayai kami untuk menyediakan kualiti pada harga mampu milik.

Hari ini, kami membuktikan bahawa produk kami direka untuk tahan lebih lama. Dengan ‘Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama’, kami menunjukkan bahawa ‘murah’ boleh berkualiti, dan berkualiti tidak semestinya mahal. Inilah cara kami menyampaikan nilai melebihi janji ‘Always Low Prices’,” 

-kata Alex Goh, Naib Presiden, Pemasaran, Kumpulan MR D.I.Y. “

SELFIE BERSAMA STEAMIE

Inisiatif “Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama” turut dilaksanakan di lebih 1,500 cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara, dengan promosi istimewa bagi produk terpilih yang memenuhi piawaian kualiti yang diperakui.

Sama ada anda ingin berswafoto bersama periuk nasi gergasi – Steamie, mengumpul beg silang PANDAi edisi terhad, atau menerokai bagaimana produk MR D.I.Y. mampu bertahan dalam jangka masa panjang, pop-up ini menjanjikan gabungan hiburan dan fungsi yang sangat unik.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge