Posted in

KONSERT CINTA RASUL, BERSATU DI PENTAS KEINSAFAN!

KONSERT CINTA RASUL

KONSERT CINTA RASUL – Hijjaz, UNIC & Penampilan Istimewa Rabbani Bersatu di Pentas Keinsafan.

KONSERT CINTA RASUL

Sebuah malam yang bakal mengangkat keindahan spiritual dan nostalgia nasyid dalam suasana penuh keinsafan dan kekeluargaan. Kumpulan nasyid seperti Hijjaz ,UNIC bukan baru di industri hiburan. Masing-masing mempunyai kekuatan dan lagu tersendiri.

KONSERT CINTA RASUL

Konsert Cinta Rasul bakal berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu  pada 3 Oktober 2025 bermula jam 845 malam selepas solat Isyak. Tket-tiket boleh didapati melalui platform rasmi jualan

KUMPULAN HIJJAZ

Konsert ini menampilkan kumpulan legenda nasyid Hijjaz, yang bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan cinta terhadap Rasulullah SAW melalui lagu-lagu yang menyentuh jiwa.

ARTIS JEMPUTAN

Untuk konsert Cinta Rasul tahun ini, turut dijemput memeriahkan pentas ialah UNIC, artis jemputan yang terkenal dengan gaya kontemporari dan mesej dakwah yang segar. Bukan satu tetapi dua iaitu, Rabbani akan membuat penampilan khas, menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu malam yang penuh makna.

KONSERT CINTA RASUL

“Konsert ini bukan sahaja berkonsep kekeluargaan dan hiburan berjiwa, tetapi juga membawa misi kemanusiaan. Sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman, khusus untuk membantu pesakit kronik yang memerlukan sokongan di sekitar Terengganu. Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar.”

-Menurut Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Tuan Kamal

LETUPS FEST FOOD FESTIVAL

Lebih daripada sekadar konsert, acara ini turut menampilkan Letups Fest Food Festival — pesta makanan yang menyatukan vendor tempatan, sajian viral, dan rasa tradisi. Dari aroma sate bakar hingga minuman fusion, ia adalah syurga buat pencinta makanan.

KONSERT CINTA RASUL

CABUTAN BERTUAH

Cabutan bertuah juga akan diadakan sepanjang festival, dengan hadiah-hadiah luar biasa termasuk sebuah kereta, motosikal, goldbar eksklusif dan pelbagai hadiah menarik lain.

Konsert Cinta Rasul dijangka menjadi titik pertemuan antara generasi dan jiwa-jiwa yang mencari ketenangan, menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menghidupkan semula zaman kegemilangan nasyid.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *