AURA CINTAKU DARI KUMPULAN BAHTERA, APA YANG BEST!

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku – Persembahan Cinta & Jiwa Sejak 2009

AURA CINTAKU

Industri muzik tempatan kembali meriah dengan kemunculan Kumpulan Bahtera, sebuah band baru yang diasaskan oleh gitaris utama, Adie Bahtera.  Walaupun nama mereka masih segar di arus perdana, perjalanan Bahtera sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2009 secara kecil-kecilan.

BAHTERA MUSIC

Kini, selepas berbekalkan pengalaman panjang dan sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKD) 2024, Bahtera tampil dengan album sulung berjudul Aura Cintaku. 

10 BUAH LAGU

Album ini hadir dengan 10 buah lagu dan 2 instrumental, menampilkan karya-karya ciptaan Adie sendiri serta sentuhan komposer terkenal seperti Zimi Sofarz, Iskandar Bujang, dan Omar K. Vokalis utama, Reyza, menjadi nadi suara album ini, disokong dengan permainan muzik penuh tenaga daripada Amy (drum), Karchik (bass), dan Adie sendiri sebagai gitaris utama.

BAHTERA MUSIC

LAGU SARAT EMOSI & KISAH KEHIDUPAN

Setiap lagu dalam Aura Cintaku membawa tema berbeza tetapi tetap berpusat pada cinta, kesetiaan, pengorbanan, dan kerohanian. Antaranya:

Firasat Jiwa – perjalanan hidup dari susah hingga berjaya.

Antara Cinta dan Kesetiaan – pentingnya kejujuran dalam rumah tangga.

Bunuhan Cinta – pengorbanan demi cinta sejati.

BAHTERA MUSIC

Rentan – pedih ditinggalkan kekasih.

Cinta Sejati – cinta yang kekal walau diuji badai.

Rekah – menerima perpisahan dengan reda.

Selain itu, dua buah muzik video sudah pun diterbitkan untuk lagu Bunuhan Cinta dan Rentan, diarahkan oleh Opie Zami di bawah produksi Nonamefilmfactory.

MANIFESTASI CINTA & NILAI HIDUP

Menurut produser Mubin Md Nor, album ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah manifestasi nilai kehidupan mengajar pendengar untuk menghargai kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta rasa syukur kepada Tuhan.

BAHTERA MUSIC

Dengan susunan muzik segar dan mesej yang dekat di hati, Bahtera berharap Aura Cintaku akan membuka lembaran baru buat mereka dalam industri muzik Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *