Jenama Penjagaan Rambut See Young Berasaskan Botani No.1 China Dilancarkan di cawangan guardian Seluruh Negara
SEE YOUNG
Jenama penjagaan kulit kepala bebas silikon No.1 China, See Young, kini boleh didapati di pasaran Malaysia menerusi pelancaran eksklusif di cawangan guardian seluruh negara dengan kerjasama pengedar eksklusif i-Care Marketing Sdn Bhd.

PENJAGAAN KULIT KEPALA
Berpegang teguh kepada falsafah rambut sihat lahir dari kulit kepala yang sihat, See Young meletakkan penjagaan rambut sebagai satu ritual penjagaan diri, menawarkan penyelesaian pelbagai langkah yang tertumpu kepada ekologi-mikro kulit kepala, mengawal penghasilan minyak, mengurangkan kelemumur dan mencegah keguguran rambut.
BAHAN BOTANI ASIA
Formulasi khas mereka memanfaatkan kebaikan bahan botani Asia seperti ekstrak halia, buah Sapindus dan biji teh ditapai, serta dipertingkatkan dengan teknologi asid hyaluronik 4D yang dipaten untuk melembap dan melindungi lapisan kulit kepala secara mendalam.
BUKAN MENJUAL SYAMPU SAHAJA
“Pelancaran See Young di Malaysia menandakan permulaan era baharu bagi kesedaran kecantikan di mana kulit kepala menerima kepentingan penjagaan yang sama seperti kulit wajah. Kami bukan hanya menjual syampu. Kami memperkenalkan sistem penjagaan kesihatan kulit kepala yang disokong dengan bukti sains dan kebaikan tumbuhan sejak berkurun lama,
-kata Encik Kevin Meng Fei, Naib Presiden Kumpulan Uniasia, China dan Pengurus Kanan See
Young.

HUBUNGKAN KECANTIKAN DAN INOVASI
Sejak penubuhannya pada tahun 2014, See Young dikenali sebagai jenama penjagaan rambut bebas silikon No. 1 di China dengan jualan produk terlaris sebanyak 55 juta botol syampu halia. Jenama ini menerima pengiktirafan global dari Euromonitor dan memenangi lebih daripada 10 anugerah pengguna dan industri untuk inovasi produk, formulasi bersih dan kepimpinan dalam pasaran.

ANALISIS PELUANG GLOBAL
Di Malaysia, jenama ini ingin memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kecantikan dengan formulasi bersih, telus dan berkesan. Menurut Analisis Peluang Global dan Ramalan Industri baru-baru ini, pasaran syampu global diunjurkan mencecah USD 58.3 bilion menjelang 2034, berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 5.1%.
Ini membuktikan segmen penjagaan kulit kepala berkembang dengan pantas, mencerminkan permintaan pengguna untuk rutin penjagaan rambut yang diperibadikan dan selamat untuk kulit.
MUDAH DIPEROLEHI
Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya, produk See Young kini boleh didapati di cawangan guardian di seluruh negara, menawarkan rangkaian produk yang luas, merangkumi syampu bebas sulfat, rawatan kulit kepala kaya dengan peptida dan mask rambut ringan air yang direka untuk kelembapan Malaysia.

BOLEH DAPATI DI CAWANGAN GUARDIAN
“Pengguna Malaysia masa kini amat mementingkan kesihatan, celik bahan kandungan dan menghargai penyelesaian yang menggabungkan alam semulajadi dan sains. See Young boleh memenuhi permintaan tersebut dengan formulasi berkesan dan penceritaan kesihatan kecantikan yang menarik,”
-kata Encik Brian Tu, Pengarah Pengurusan i-Care Marketing.
KOMITMEN BERTERUSAN
“Kami bangga untuk memperkenalkan See Young kepada pelanggan kami di guardian Malaysia sebagai salah satu komitmen berterusan kami untuk menawarkan jenama penjagaan peribadi yang dipercayai, inovatif dan dipacu kesihatan. Pengguna hari ini mementingkan penjagaan kesihatan kulit kepada dan formulasi bersih untuk rutin penjagaan rambut mereka, dan pendekatan bebas silikon, berasaskan tumbuhan See Young menyediakan apa yang dimahukan oleh pengguna,”
-kata Jessica Barnabas, Ketua Penjagaan Peribadi, guardian Malaysia.
