INSAF MALAYSIA LANCAR TABUNG BERAS AMAL SEMPENA RAMADAN

Insaf Malaysia lancar Tabung Beras Amal ‘Sekampit Beras Satu Keluarga’ sempena Ramadan 2025.

TABUNG BERAS AMAL

Tinggal hanya seminggu lagi untuk umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia akan menyambut bulan Ramadan yang mulia serta penuh keberkatan. Bagaimanapun tdak semua daripada kita mampu meraikan Ramadan dengan sempurna oleh kerana hidup dalam serba kekurangan akibat kewangan.

SEKAMPIT BERAS SATU KELUARGA

Untuk itu, Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia [Insaf Malaysia] yang sinonim dengan kerja-kerja amal, mengambil inisiatif melancarkan Tabung Beras Amal ‘ Sekampit Beras Satu Keluarga’ untuk menggalakkan masyarakat menyumbang.

TABUNG BERAS AMAL

Dilancarkan pada 22 Februari 2025, bertempat di Lobi Utama busana mall @Menara Mall dari jam 2 petang hingga 10 malam. Turut mendapat kerjasama dari Busana Mall, IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia [IRAMA].

Juga kehadiran busker dari MYBC dan juga artis Anggun Music Production yang turut tampil memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung.

OBJEKTIF UTAMA PROGRAM

Objektif utama program ini ialah mengumpul dana untuk program ‘Sekampit Beras Satu Keluarga’ yang kembali diadakan pada tahun ini.

TABUNG BERAS AMAL

‘Beberapa tahun terakhir sebelum Pandemik Covid-19, Insaf Malaysia berjaya mengumpul 15 tan beras. Apabila terjadinya Pandemik, kami sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan terpaksa berhenti.
Kami sebenarnya bercadang nak mulakan semula tahun lepas tetapi kena menunggu lajgi sebab arahan masa Pandemik tidak membenarkan buat benda-benda itu’.

Namun saya buat juga tahun lepas secara kecil-kecilan dan tahun ini barulah secara besar-besaran untuk semua masyarakat menyumbang. Tabung dibuka dan akan berterusan sehingga masuk bukan Syawal nanti.

TABUNG DANA

‘Saya berharap tabung dana ini dapat kumpul seberapa banyak yang boleh kerana akan dibuka lebih sebulan. Menerusi program ini, kami akan memberikan sekampit beras untuk satu keluarga asnaf, keluarga b40. Tidak lupa juga rumah-rumah anak yatim, warga emas, mualaf dan Orang Kelainan Upaya [OKU]

-kongsi Pengasas dan Presidennya, Ishak Abdul Kadir.

FOODBANK & DAPUR INSAF MALAYSIA

Selain itu, beras-beras ini turut akan digunakan untuk program Foodbank dan Dapur Insaf Malaysia bagi penyediaan makanan berbuka puasa dan bubur lambuk sepanjang bulan ramadan

‘Saya harap masyarakat akan terus menyokong program kami. Apa yang dilakukan adalah bertujuan mengurangkan bebanan terhadap golongan -golongan yang memerlukan.

Kelebihan bulan Ramadan ialah kite digalakkan melakukan amal kebaikan dan bersedekah terutama kepada golongan yang disebutkan tadi.’

**Untuk rekod menerusi data terkumpul, Insaf Malaysia yang berusia 16 tahun sudah membantu lebih 431 rumah kebajikan serta lebih 1309 murid-murid sekolah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *