RUMAH TERBUKA GGR MOTOR (M) SDN BHD, MERIAH!

Masih lagi dalam mood hari Raya Dan sana sini Masih lagi mengadakan rumah terbuka termasuk Rumah Terbuka GGR Motor (M) Sdn Bhd.

GGR MOTOR

GGR Motor (M) Sdn Bhd sentiasa menyokong penuh usaha pembangunan industri EV di Malaysia selaras dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dilancarkan pada Disember 2023.

Gelombang global dalam peralihan kepada Kenderaan Elektrik (EV) bakal menyaksikan pasaran dan industri EV di Malaysia bakal berkembang dalam tempoh kurang dari lima tahun.

SAHUT GALAKAN DARI KEMENTERIAN

Oleh yang demikian, GGR Motor menyahut galakan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) ini.

ANUGERAH IKON USAHAWAN

Syarikat yang diterajui oleh Pemenang Platinum bagi Anugerah Ikon Usahawan di dalam Bidang Automotif dan Mobiliti, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi.

REKOD JUALAN

Juga dikenali sebagai Dekmat dan Prof Dr Nizar Abdul Jalil berjaya menjual sebanyak 100 biji motosikal elektrik (EV) dalam tempoh 2 hari.

Rekod jualan ini membuktikan peningkatan permintaan domestik bagi industri EV ini sangat mengagumkan.

Disamping insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan yang meliputi cukai import, cukai eksais dan juga jualan penuh bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Disember 2027.

TUNGGAK UTAMA GGR MOTOR

Tiada pencemaran udara dan berjaya mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, merupakan dua faktor utama yang menjadikan tunggak utama GGR Motor yang dikenali sebagai Dekmat.

Komited meletakkan sasaran penuh jualan sebanyak 5000 unit bersamaan dengan nilai jualan sebanyak RM50,000,000.00 sehingga berakhirnya Disember 2024.

Ia sekali gus memacu pertumbuhan pekerjaan berkemahiran didalam teknologi baru di Malaysia serta berpendapatan tinggi di dalam sektor EV dan teknologi hijau.

KERJASAMA ERAT DARI PELBAGAI INDUSTRI

Syarikat bumiputera yang mempunyai dua cawangan penuh iaitu di Damansara dan Johor Bahru ini akan meneruskan sesi penjualan mereka. Kini lebih komited dalam memacu industri ini menerusi kerjasama erat dengan pelbagai industri yang realistik.

MOU DENGAN KONSORTIUM INDUSTRI RAKAMAN MUZIK MALAYSIA (IRAMA)

Dalam perkembangan sama, GGR Motor turut menjalinkan kerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA). Untuk menjadikan penggiat seni sebagai Duta jualan motosikal EV Bike Elektrik secara lansung kepada peminat-peminat mereka.

Satu memorandum persefahaman (MoU) termeterai oleh Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq (Dekmat) dengan Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid.

Kerjasama ini membolehkan peminat dan bakal pembeli motosikal ini mempunyai akses lebih mudah mendapatkannya menerusi artis-artis pujaan mereka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *