Kempen pendanan awam ekuiti lahir hasil kerjasama Broku Sdn Bhd dan Wealth Vantage Advisory!
KERJASAMA BROKU SDN BHD
Seiring dengan perkembangan ekonomi dan teknologi, Broku Sdn Bhd (BSB) telah melangkah satu tapak ke hadapan dalam memperkasa industri Makanan dan Minuman (F&B).

Dengan mewujudkan ekosistem yang komprehensif bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam meningkatkan pendapatan, menyelaraskan operasi dan mencapai pertumbuhan perniagaan.
BROKU SDN BHD
Merupakan satu-satunya syarikat berstatus Bumiputera di Malaysia yang menawarkan penyelesaian komprehensif bagi meningkatkan tahap pengurusan kewangan dalam perniagaan kepada pengendali-pengendali F&B
Ini dalam usaha untuk merapatkan jurang pembiayaan RM90 Bilion di Malaysia seperti yang telah dilaporkan oleh The Edge Malaysia pada Januari lalu.

CROWFUNDING
Menjadi salah satu platform yang popular sejak kebelakangan ini dalam usaha mengumpul dana menerusi dalam talian bagi tujuan tertentu termasuklah mengembangkan tapak perniagaan.
Pembiayaan dalam talian ini akan memudahkan pelabur-pelabur mengakses bagi mengenal pasti maklumat pelaburan dan menghubungi pihak yang menjalankan kempen tersebut.
Pada masa yang sama, kaedah ini dapat meningkatkan pembiayaan secara besar dan kecil bagi setiap projek, sekali gus pelabur dapat memberi manfaat kepada dunia perniagaan.
KERJASAMA DENGAN WEALTH VANTAGE ADVISORY
BSB dengan kerjasama WVA kini sedang mencari pelabur yang berminat untuk melabur bagi membantu PMKS mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada.

Dibarisi dengan pakar penasihat kewangan dalam industri, WVA merupakan firma penasihat kewangan berlesen yang diperakui oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia.
Dapat membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan dengan menyediakan perkhidmatan kewangan holistik dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini.
KEMPEN ECF
Pelaksanaan kempen ECF ini bakal memberi tumpuan untuk merevolusikan industri dengan menyediakan peniaga-peniaga makanan dengan sumber strategik dan perkhidmatan yang diperlukan di Malaysia.
Pelan pertumbuhan yang dijana oleh kempen ini dijangka akan menjadi titik mula yang penting dalam membantu PMKS memohon pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Hal ini kerana mereka berhadapan dengan situasi sukar untuk melakukan pinjaman perniagaan kerana kekurangan cagaran dan aliran tunai yang konsisten serta dokumentasi kewangan yang lemah.
PLATFORM DIGITAL KOMPREHENSIF
Merupakan platform digital komprehensif yang mana telah direka untuk merevolusikan ekosistem F&B dengan menyediakan centralized hub.
Memudahkan gerak kerja sokongan berkaitan perniagaan, termasuk tempahan, pesanan, pembayaran, pencarian bahan, analisis data dan komunikasi antara pengendali dan pengguna.

Hal ini selaras dengan visi dan misi BSB untuk menyediakan latihan dan sokongan kepada usahawan industri F&B dengan menggunakan teknologi terkini yang mana mampu menjana hasil jualan berlipat kali ganda kepada perniagaan mereka.
-Ku Addy Fazly Ku Radin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSB
Sehubungan dengan itu, BSB mempelawa kepada semua bakal pelabur yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutamanya dalam industri F&B di Malaysia.
Bersama-sama kita melakar sejarah baharu dalam membantu mengurangkan jurang pembiayaan tinggi dalam negara.
