Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kasut Ku Kusut Penuh Dengan Gelak Tawa Tentang Sepasang Kasut |Filem yang ke 99 dan terakhir buat 2014 dari Metrowealth (MIG). Ianya sebuah filem bergenre komedi dan arahan Pierre Andre. Kasut Ku Kusut di lakonkan oleh Shaheizy Sam dan Atikah Suhaime (pelakon dari Singapura).Pelakon-pelakon seperti Along Eyzendy, Pablo Amirul, Epy Kodiang, Kamarool Haji Yusoff dan Khatijah Tan turut sama membintanginya dan lokasi utama filem kali ini ialah di Kampar, Perak
Kasut Ku Kusut mengisahkan tentang Manap (Shaheizy Sam) telah berjaya memiliki kasut yang diimpikannya selama ini. Manap telah memakai kasut barunya ke kenduri kahwin bekas kekasihnya tetapi telah dicuri apabila Manap naik ke atas rumah untuk menemui pengantin. Manap berusaha mencari kasut barunya yang hilang dan mendapati kasut tersebut dipakai oleh Markos (Pablo Amirul), ketua kumpulan jenayah Father Dragon (Kamarool Haji Yusoff).

Siapa yang sebenarnya mencuri kasut Manap?
Apa yang terjadi kepada ibu Manap?
Adakah kawan-kawan Manap yang dipukul semuanya selamat?
Markos dan Father Dragon, apakah kesudahannya?
Saksikan Kasut Ku Kusut di pawagam mulai , 18 Disember 2014.
Trailer :
#kitepunye #kitepunyedotcom #mig #kasutkukusut




