Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MOVIE/TEATER
  • KHAENAK: SERANGAN POCONG DI ASTRO FIRST, SCARY WEI!

KHAENAK: SERANGAN POCONG DI ASTRO FIRST, SCARY WEI!

Nannie IsaNovember 7, 2021November 19, 2021

KHAENAK: SERANGAN POCONG DI ASTRO FIRST, SCARY WEI! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sambutan luar jangkaan diterima filem seram komedi Khaenak 1 & 2 yang ditayangkan di saluran YouTube tahun lalu.

Isi Kandungan tutup
1 KHAENAK: SERANGAN POCONG
2 SIAPA KHAENAK
3 SINOPSIS KHAENAK: SERANGAN POCONG
4 KENA KACAU DENGAN HANTU?
5 KOS RM 50,000

Kini penerbit filem berkenaan KCTV Network & Broadcasting Sdn Bhd sekali lagi terpanggil. Untuk menghiburkan orang ramai dengan ‘buah tangan’ ketiganya iaitu Khaenak: Serangan Pocong.

KHAENAK: SERANGAN POCONG

Filem ini dijangka akan lebih menghiburkan dengan garapan dan jalan cerita yang lebih kreatif serta menarik. Pengarahnya, Emma Kasmuri berkata, berbeza dengan dua filem sebelum ini, filem ketiga ini akan ditayangkan di saluran Astro First.

“Kalau diikutkan judul filem ini adalah Khaenak 3, tetapi bila kami kemukakan kepada Astro First, saya tak sangka mereka berminat.

“Kemudian kami gantikan angka ‘3’ itu dan menggunakan judul Khaenak: Serangan Pocong. “Ini adalah filem sulung kami yang akan ditayangkan di Astro First,”

-ujarnya.

SIAPA KHAENAK

Sebelum ini, Khaenak dikenali dengan watak utamanya hantu pontianak yang terkenal dengan panggilan Meknak. Kali ini Khaenak membawa kelainan dengan menampilkan watak hantu pocong .

Bagi menggantikan hantu golek yang sinonim dengan emas, perhiasan yang digilai wanita Kelantan.

SINOPSIS KHAENAK: SERANGAN POCONG

Khaenak: Serangan Pocong kisah berlatarbelakangkan sebuah kampung di pinggir bandar. Di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan.

Tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu. Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur.

Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.

Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong.

Antaranya ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur. Ketika ditanya tentang kejadian seram atau aneh yang berlaku ketika penggambaran, jom baca apa yang Emma kongsikan

KENA KACAU DENGAN HANTU?

“Ketika hari kedua penggambaran, sewaktu babak buka ikatan tali pocong dilakukan ketika pukul 12.00 tengah malam, pelakon yang membawakan watak pocong itu tiba-tiba pengsan.

“Saya ada di lokasi kejadian ketika itu, dan melihat sendiri apa yang berlaku. Pelakon terlibat pengsan sehingga muka dia tersembam ke tanah,”.

Menurutnya, pelakon berkenaan dibawa ke hospital. Pihaknya lega apabila tidak ada kecederaan serius berlaku terhadap pelakon berkenaan, bagaimanapun ia terpaksa digantikan pelakon lain.

“Sebenarnya, sebelum kejadian itu, pelakon utama iaitu Apak ada mengalami kejadian aneh. “Ia berlaku ketika babak menunggu pocong atas motor.

Apak terasa seolah ada yang menarik kakinya.. Apabila penggambaran selesai, barulah dia menceritakan tentang apa yang telah berlaku,”

-ujarnya.

Jelasnya, kejadian-kejadian sebegitu tidak pernah dilalui ketika penggambaran dua filem sebelumnya dan ia pertama kali berlaku dalam siri kali ini.

KOS RM 50,000

Sementara itu, mengulas mengenai kos penerbitan pula, Emma berkata, pada mulanya ia menelan belanja sebanyak RM50,000 sahaja. Bagaimanapun, apabila filem lulus untuk disiarkan di Astro First, kos penerbitannya semakin meningkat.

“Kami perlu shoot beberapa scene tambahan dan terpaksa mengubah dari sudut editing serta colour yang bersesuaian mengikut quality control (QC) bagi memenuhi standard filem.”


“Akhirnya kos keseluruhan mencecah RM150,000 termasuk kos promosi dan iklan menjadikan Khaenak dikategorikan sebagai Indie Film dengan bajet rendah,” jelasnya.

Jangan lupa saksikan filem KHAENAK : SERANGAN POCONG di Astro First

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Astro First, KHAENAK, KHAENAK : SERANGAN POCONG, Pocong

Post navigation

Previous: THE CURVE FOOD FIESTA 2021 ADA MACAM- MACAM BEST!
Next: WALK-A-MILLION-MILES NESTLÉ OMEGA PLUS VIA VIRTUAL CIPTA 1,176,666 BATU, AWESOME!

Related Posts

K-VARIETY-

K-VARIETY- FIVE NEW LAUGH-OUT-LOUD SHOWS TO DEBUT IN AUGUST

August 7, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

JANGAN PANDANG BELAKANG 2 DI 14 BUAH NEGARA, BETUL KE?

September 27, 2024September 29, 2024 Nannie Isa

FILEM ‘GAYONG’ ANGKAT KISAH BENAR MAHAGURU SILAT !

September 20, 2024September 19, 2024 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}