Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • NETFLIX KINI MENERUSI ULTRA BOX DI ASTRO BEST!

NETFLIX KINI MENERUSI ULTRA BOX DI ASTRO BEST!

Nannie IsaNovember 11, 2021November 11, 2021

NETFLIX KINI MENERUSI ULTRA BOX DI ASTRO BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Astro hari ini mengumumkan ‘Pengalaman Baharu Astro’. Di mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di TV Astro dan nikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan ini.

Isi Kandungan tutup
1 NETFLIX DI ASTRO ?
2 PENGALAMAN BARU

Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain.

Membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box.

NETFLIX DI ASTRO ?

Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran masing-masing menerusi satu platform utama Astro.Perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+.
Bukan itu saja program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing. 

PENGALAMAN BARU

Kami di Astro sentiasa peka dan dengar akan kehendak pelanggan. Justeru kami memperkemaskan dan hari ini memperkenalkan pengalaman baharu Astro.

Khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik. Namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.

Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro. Seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan.

Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas.

Menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar. Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro.

Kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+. Serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.” 

-kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith

Pek-pek terbaharu yang diperkenalkan Astro pada hari ini direka khas untuk menepati citarasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’ dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+ Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’ atau tonton judul HBO pula, ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’.

Selain dari banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea, negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak lagi.

-jelas Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad,

Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing.

Pek-pek baharu kami ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan. Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama 3 bulan*.”

Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’. Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia. Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini di www.astro.com.my.

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
astro, netflix

Post navigation

Previous: AL-IKHSAN x MALAYSIA RUGBY LANCAR JERSI PASUKAN AWESOME!
Next: ASTRO RADIO SEGARKAN DENGAN 60 STESEN RADIO BARU BEST!

Related Posts

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

JETOUR T2 JADI PILIHAN SELEBRITI MALAYSIA DI KLIMS 2026?

June 17, 2026June 17, 2026 Nannie Isa
FILEM CHELOT

FILEM CHELOT CIPTA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS, AMAZING!

June 14, 2026June 15, 2026 Nannie Isa
FUZE TEA

FUZE TEA FUSION PULSE – RAVE TEH PALING ‘DARING’ DI KUALA LUMPUR!

June 13, 2026June 14, 2026 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}