Berkesempatan berkumpul bersama rakan-rakan blogger yang lain untuk turut sama mencuba perkhidmatan yang ditawarkan di Healthland Wellness Spa, Setia Alam tidak dilepaskan.. Jemputan yang KP terima dari Carol Lam di sambut dengan riang. Dapat juga KP mencuri masa dari kesibukan seharian KP untuk memanjakan diri sendiri selepas penat berkerja. Kami semua berkumpul sejak 1.30 petang sambil menunggu rakan yang lain tiba berkongsi cerita kerana sudah lama tidak berjumpa
Di Healthland Wellness Spa bukan sahaja menawarkan perkhidmatan urutan untuk tangan,kaki dan badan tetapi juga manicure, pedicure, dan yang paling best ada kafe dan pelbagai barangan yang “rare” dijual disini. Setiap perkhidmatan mahupun program kesihatan yang ditawarkan semuanya bercirikan gaya hidup holistik. Tidak kira lelaki mahu pun perempeuan semua boleh menikmatinya . nak tahu apa dia, jom baca.. !!!
Di Healthland Wellness Spa, Setia Alam KP diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan yang di tawarkan dan pastinya KP akan berkongsi bersama anda untuk membezakan setiap servis. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
Hand Paraffin
Foot Treatment – 60 minit
Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit
Ruang lobi ataupun kawasan menunggu.
Sewaktu masuk, mata seakan terpaku dengan keindahan dan kecantikannya. Berkonsepkan dari negara seberang Bali secara keseluruhan ianya luas, cantik dan kemas.
Ruang mendaftar
Disinilah dimana anda perlu mendaftar perkhidmatan mana yang anda inginkan. Pilih sahaja dari pakej yang ditawarkan dan pastinya akan berpuas hati. Setiap pelanggan dijaga oleh seorang terapist. Terapist ini terlatih dimana mereka perlu mengambil latihan dan mendapat sijil sebelum menjadi terapist. Jadi tidak perlu rasa ragu ye..
Servis yang di tawarkan
Hand Paraffin
Hand paraffin. KP berada di sini untuk membuat hand paraffin. “Amante – Nail spa & Body Care”
Pelbagai produk di pamerkan di sini yang menjadi kegunaan sewaktu memberikan rawatan kepada para pelanggan. Antara tempat untuk membuat rawatan nail spa. Selesa tau bila berada di sini dengan lagu melodi yang di pasang dan bau aromaterapi sedikit sebanyak membuatkan hati rilex dan tenang. Ini adalah antara sebab kenapa perlu spa untuk merehatkan diri seketika dari pelbagai kesibukan Hand Paraffin di buat untuk membuang sel-sel yang telah mati agar tangan kelihatan lebih sihat dan lebih lembut Sebelum tangan di wax -kan , tangan KP telah di sapu krim terlebih dahulu. Kemudian alat wax di check suhunya sebelum tangan di celup agar tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Selepas itu tangan kita akan dibaluti dengan plastik.Biarkan selama 20 minit (anggaran). Tangan di celupkan ke dalam wax. Cuma hingga ke pergelangan tangan sahaja ye. Di celup dalam kiraan 5. Selepas itu, tangan di balut dengan plastik selama 10 minit agar ia memberi impak pada tangan yang di wax tadi Inilah kerja kami sementara nak tunggu 10 minit itu, bergambarlah kami. Dan lagi. Seronok dapat berjumpa rakan blogger yang lain yang kebetulan baru sahaja menyambut tahun baru 2016 Cukup masa 10 minit, plastik di tanggalkan dengan lembut dan perlahan. Bukan berakhir di sini sahaja ye, tangan kami di losyen dan diberikan urutan tangan dengan lembut. Terasa perbezaan tangan sebelum dan selepas di wax. Pastinya lebih lembut dan berseri
Foot Treatment
Foot treament kali ini mengambil masa 60 minit. Ianya dimulakan dengan
Kaki di cuci disini terlebih dahulu Batu-batu yang di gunakan untuk foot treatment Kaki di gosok dengan air Kemudian di cuci dan dibilas dengan air
Naik ke bilik Foot Treatment
Bilik foot treatment ini adalah untuk uniseks dimana lelaki dan perempuan di urut di sini. Jika anda inginkan privasi anda boleh memberitahu dengan awal supaya persediaan boleh diadakan.
Bising ke ? Macam mana nak ‘feel’ bila di urut?
Soalan ini ada jawapannya. Untuk setiap pelanggan yang datang dan membuat foot treatment , secara automatik diberikan headphone untuk digunakan. Tiada istilah bising atau mengganggu para pelanggan yang lain. Bilik ini juga dalam keadaan yang gelap jadi jika anda ingin merehatkan badan dan mata boleh sahaja kerana ianya mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk selesa Berada di dalam bilik foot treatment ini seperti berada di panggung wayang. Di lengkapi dengan skrin besar untuk menonton filem sambil kaki di urut oleh terapist. Sambil di urut manja , sambil menonton wayang terasa tenang dan ringan sahaja diri ini. Bukan semua tempat ada kelengkapan sebegini. Lihatlah para terapist tekun mengurut para pengunjung. Mereka ini semuanya mempunyai sijil pengiktirafan dalam urut-mengurut jadi tidak perlu risau jika tersalah urut atau tidak pandai mengurut. Sempat posing lagi .. hihihi…
Ok dah selesai foot treatment jom ke seisi urutan yang terakhir di Healthland Wellness Spa
Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit
Ini adalah di antara bilik urutan yang ada di Healthland Wellness Spa di Setia Alam ini. Ada bilik untuk individual, mahupun pasangan. Pemilihan bilik pula berdasarkan jenis perkhidmatan urutan yang telah di tempah. Ada juga bilik yang di gunakan berdasarkan kekosongan sewaktu itu.
Indah bukan bilik urutan ini. Untuk pasangan mahupun datang bersama rakan, KP rekomenkan bilik ini, Tapi masih bergantung kepada kekosongan tau. Urutan Thai yang di tawarkan ialah selama 60 minit. Sebelum di urut terasa berat di leher dan bahu mungkin kerana terlalu banyak angin memandangkan KP berkerja di dalam bilik aircond. Jadi KP memilih untuk urutan Thai Tradisional
Sewaktu bermula therapist KP bertanyakan jika KP inginkan urutan yang lembut, sederhana mahupun kuat. Memahami badan sendiri KP mohon untuk sederhana. Lilin aromaterapi di nyalakan sebelum memulakan urutan. Urutan di buat dengan lembut dan perlahan menggunakan minyak aromaterapi agar dapat menjadikan badan lebih rilex dan ringan
Dalam masa badan di urut oleh terapist yang terlatih, pastinya kedengaran bunyi angin yang lama tersimpan. Mana mungkin tiada angin tetapi KP salute pada mereka kerana bijak mencari di mana kumpulnya angin ini. Terasa perbezaannya sebelum dan selepas urutan badan oleh mereka ini. Ternyata ringan sahaja selepas urutan. Kena pergi lagi, selepas ini. Okay badan dah ringan , tangan dan kaki pun dah selesai urut jom gerak.
Kafe One + Another
Sebelum pulang, jom singgah di kafe One + Another di mana ianya terletak didalam Healthland Wellness Spa ini sendiri. Pelbagai minuman tidak kira sejuk mahupun panas ada dihidangkan di sini. Harga pun berpatutan juga Lemon mint tea iced and berry bea iced cafe latte Dessert atau manisan . Lihat sahaja kek yang ada dijual disini Coklat cake atau cheese cake atau fruit cake.. sedapnya. bertambahlah pula berat badan ni 🙂 Pai epal dan chicken pie . Buat mereka yang tidak menyukai kek bolehlah makan pastri Ini adalah pilihan KP . Epal jus menarik perhatian KP. Freshly squeeze juice tau…
Barangan Unik, Antik dan “Rare” di jual disini
Sambil menyelam minum air. Itulah peribahasa pepatah Melayu. Selepas berspa jalan jalan cuci mata mana tahu ada barangan yang berkenan di hati bukan
Barangan yang di jual di sini agak unik dan “rare” bagi KP. tak percaya jom layan beberapa keping gambar yang sempat KP rakamkan
Unik dan moden
Betulkan KP kata. antara yang menarik hati KP yang di atas ini. Cuma belum berkesempatan untul menjadikan ia hak milik kekal.
Waaa… mesti anda semua tak sabar nak datang ke sini kan . Jadi sebelum KP menutup entri ini jom check it out pakej apa yang ada ditawarkan di Healthland Wellness Spa di antaranya
Pakej- Pakej
Happier Hour Promotion
Combine Package New Happy Hour Package Healthland New Services
Rawatan seperti manicure, pedicure dan treatment Healthland Special Get More
Terima kasih sekali lagi buat Carol dan Healthland Welness Spa atas jemputan kali ini. Puas hati sebab bukan sahaja dapat merehatkan diri sebentar dan mendapat juga mencuci mata membeli barangan yang rare dan unik. Semuanya ada di jual di satu tempat tanpa perlu ke tempat lain. Senang bukan , jadi jom ke sini nak ??
Alamat Healthland Wellness Spa
HealthLand Subang Taipan
39, Jalan USJ 10/1E, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 8081 6255
HealthLand Kota Kemuning
5, Jalan Anggerik Vanilla, BE 31/BE, Kota Kemuning Seksyen 31,40460 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 5525 2989
HealthLand SS2
35, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7865 8313
Signature HealthLand Puchong
2, Jalan Puteri, 1/1, Bandar Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 8051 8993
HealthLand Sri Petaling
47, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Indulgence Line : +6 03 9054 9882
Signature HealthLand Setia Alam
Lot No. 2, Jalan Setia Prima K U13/K, Sek. U13, Setia Alam,
40170 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 3362 3337
HealthLand Renaissance Hotel
Lot LGF, Lower Ground, LL12 & LL13, Lower Lobby, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 2724 0915
Signature Healthland Taman Desa
No 18 & 20, Jalan 4/109E, Off Jalan Kelang Lama, Taman Desa Business Center
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.