5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017 | MBO Cinemas amat menghargai keberanian serta keprihatinan yang ditunjukkan oleh adiwira-adiwira Malaysia yang telah tampil beramai-ramai menderma darah dana berjaya mengatasi sasaran 5,000 pain darah bagi tahun ini, dan menjadikan kempen
pada tahun ini sebagai yang paling berjaya.5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017

Bertemakan “Serlahkan Keperwiraan Anda” kempen ini berjaya menarik 5,907 penderma yang tampil menyahut seruan membantu menambah jumlah darah yang semakin berkurangan di Pusat Darah Negara sejak berakhirnya Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang lalu. Semenjak ianya mula dianjurkan pada 2014, kempen derma darah tahunan ini telah berjaya memungut lebih 15,000 pain darah, menyelamatkan kira-kira 45,000 nyawa, semuanya kerana keberanian pelanggan serta peminat MBO untuk tampil menyahut cabaran.

“Kami merasa amat berbangga apabila ribuan rakyat Malaysia tampil kehadapan berkorban untuk orang lain dengan menderma darah. Sememangnya kami yakin dengan pelanggan dan peminat kami dengan keberanian mereka dalam berkorban untuk golongan yang memerlukan. Pada tahun ini, mereka telah memberi kejutan dengan mengatasi sasaran yang kami tentukan,”

“Hasil daripada kejayaan memungut 5,907 pain darah tahun ini telah menguatkan lagi azam kami untuk terus menganjurkan kempen derma darah pada tahun-tahun akan datang.”

kata Pengarah Jualan dan Pemasaran MBO, Cheah Chun Wai.5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017

Semasa kempen berkenaan, setiap adiwira yang berjaya menderma darah telah dikejutkan dengan pemberian saguhati misteri eksklusif daripada MBO Cinemas sebagai tanda penghargaan atas keprihatinan mereka.5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017

“Saya tidak pernah menderma darah sebelum ini kerana takut. Walau bagaimanapun, apabila saya sedar yang ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada kempen derma darah ini, saya merasa terpanggil dan memberanikan diri. Saya terkejut kerana menderma darah sebenarnya tidaklah menyakitkan dan mengerikan seperti yang saya bayangkan. Saya pasti akan lebih kerap menderma darah pada masa depan,”

kata Koh Shu Ding, ketika ditemui pada Kempen Derma Darah MBO di The Starling Mall, Uptown Damansara.5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017

“Kami terkejut apabila melihat ramai orang beratur panjang sebaik sahaja pendaftaran dimulakan. Selain itu, kami terpaksa menghentikan pendaftaran di sesetengah lokasi beberapa kali bagi memastikan kami mempunyai beg darah yang mencukupi. Memandangkan ianya merupakan kempen tahunan, kami sangat gembira apabila berjumpa dengan penderma yang kami kenali. Kami juga merasa sangat riang kerana dapat menarik lebih ramai penderma kali pertama tahun ini. Sambutan seperti ini jarang dapat dilihat di tempat-tempat lain,”

kata Ketua Pegawai (Operasi) Persatuan St. John Ambulans Malaysia, Dato’ Burnard Yeo Kim Thong.

“Terima kasih kepada MBO Cinemas kerana sudi bekerjasama dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk menonjolkan “Semangat Wira” mereka agar kerap menderma darah. Kami ingin menekankan di sini bahawa pusat darah sentiasa memerlukan bekalan darah yang mencukupi bagi sepanjang tahun,”

kata Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.5,907 Pain Darah Dikumpul Kempen Derma Darah MBO Cinemas 2017

Kepada rakyat Malaysia yang terlepas peluang untuk menyertai Kempen Derma Darah MBO 4.0i usah gusar kerana anda masih boleh menjadi ‘adiwira’ dengan menderma darah di Pusat Darah Negara yang dibuka setiap hari. Waktu pendermaan di Pusat Darah Negara adalah seperti berikut;

  • Isnin – Rabu :7.30pagi – 5.30petang
  • Khamis & Jumaat :7.30pagi – 8.00malam
  • Sabtu & Ahad :8.00pagi – 4.00petang

Jadilah seorang adiwira, derma darah, selamatkan nyawa!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge