Kos pengajian dibiayai tabung HRDC (Human Resources Development Corporation) secara 100% bagi mereka Profesional Fiber Optik yang menyambung pengajian dalam Diploma Profesional Fiber Optik.
PROFESIONAL FIBER OPTIK
Seramai 16 pelajar telah menamatkan pengajian mereka dalam Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian & Pengurusan. Sebuah program yang direka khas untuk golongan pekerja dalam industri telekomunikasi.
PROGRAM KHAS UNTUK PEKERJA DALAM INDUSTRI TELEKOMUNIKASI
Program ini bertujuan menghasilkan tenaga pekerja profesional yang mahir dalam teknikal, kejuruteraan, kemahiran Insaniah. Termasuk juga kepimpinan dan komunikasi tangkas dalam pertumbuhan industri telekomunikasi Malaysia.
Program ini disampaikan menerusi pelbagai pendekatan dimana ada juga pembelajaran kendiri, kuiz, seminar bersemuka. Disusuli peperiksaan akhir ala Viva dengan pengetahuan teknikal dan kerja amali secara praktikal mengenai Fiber Optik.
PENGANUGERAHAN LONDON EXAMINATION BOARD
Program ini mendapat penganugerahan London Examination Board (LEB), United Kingdom; ditawarkan menerusi UTM SPACE Services Sdn Bhd, manakala kursus dijalankan oleh QPRO Development Center.
Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas yang terdiri daripada 36 jam akademik, amali dan lawatan industri.
MENAIKTARAF AKADEMIK GOLONGAN PEKERJA
“Program ini telah membantu saya memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih meluas tentang industri Fiber Optik.
Banyak perkongsian daripada pensyarah-pensyarah dalam sesi kelas yang membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan rangkaian, protokol dan penyelesaian masalah untuk rangkaian fiber optik.
TAHNIAH BUAT PELAJAR TERBAIK
“Saya bersyukur dapat peluang belajar dan platform ini di mana dapat bergaul dengan ramai lagi pelajar-pelajar lain dari industri yang sama. Rasa bersyukur sangat kerana berjaya menamatkan pengajian dalam program ini,”
-kata Mohd Izuddin Mohd Musai yang telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik program tersebut bagi tahun 2024.
BANYAK INSPIRASI DAN MOTIVASI
Kesemua 16 pelajar adalah professional yang telah bekerja dalam industri telekomunikasi dengan pengalaman antara 3 ke 15 tahun.
Program ini telah pun memberi banyak inspirasi dan motivasi kepada golongan pekerja untuk menaiktaraf tahap akademik mereka. Sekaligus membuka laluan buat mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD
PEMBIAYAAN PENUH TABUNG HRDC
Paling menarik ialah bayaran yang boleh dibiayai tabung HRDC (Human Resources Development Corporation) secara 100%.
APA ITU FIBER OPTIK?
Adalah satu industri menarik yang telah meningkat naik selama beberapa dekad. Teknologi ini telah mengubah lanskap komunikasi moden, menjadikan ia sebahagian penting dalam kehidupan seharian.
Menawarkan pelbagai peluang kerjaya termasuk merekabentuk, memasang dan menyelenggara rangkaian fiber optik.
Dengan kemajuan rangkaian 5G, peningkatan permintaan untuk sambungan internet yang lebih pantas dan peralihan keseluruhan ke arah pendigitalan, bidang dan permintaan terhadap pekerjaan Fiber Optik akan terus berkembang pesat.
Menurut Biro Statistik USA, kerjaya sebagai pakar peralatan telekomunikasi semakin meningkat pada kadar 8% di mana antara tahun 2021 hingga 2031 sahaja, dijangkakan 14,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan.
Menurut kajian pasaran Optik Malaysia 2024-2031 pula, pertumbuhan yang sangat memberangsangkan didorong pelbagai inisiatif strategik dan kemajuan teknologi di seluruh negara.
Program untuk golongan pekerja dan graduan baru
Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian & Pengurusan ini ditawarkan oleh QPRO Development Center merangkumi 6 modul: Fiber OSP-Planning & Design (10 Kredit), Fiber OSP Preliminary Works (10 Kredit), Fiber OSP Civil Work (10 Kredit), Fiber OSP Cabling Work (10 Kredit), Fiber OSP Physical & Logical Topology (10 Kredit) dan On Site Training & Lawatan Kilang (10 Kredit).
Selepas melengkapkan modul, pelajar perlu membuat persediaan untuk projek akhir dan daftar untuk Peperiksaan VIVA.
Program ini disyorkan untuk golongan pekerja dan graduan baharu yang mahu meneruskan kerjaya dalam bidang telekomunikasi.