Restoran UTARA Hotel ARMADA Dibuka Semula Dengan Wajah Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Restoran UTARA Hotel ARMADA Dibuka Semula Dengan Wajah Baru|Ingat lagi tak Hotel Armada yang berwarna biru terletak di PJ State? Biasanya KP akan lepak di sini bulan puasa untuk menikmati hidangan yang ada di Restoran Utara. Tahun ini tak berbuka disini kerana ianya dalam pengubahsuaian.

5 Ogos 2019, Restoran UTARA dengan wajah baru dibuka buat semua para pelanggan setia tidak kira baru atau lama. Majlis pembukaan semula di saksikan lebih dari 200 tetamu pada satu masa.

Kelainan restoran ini memang menarik perhatian KP. Dari warna saja dah menampakkan keluasan restoran ini sambil menikmati sinaran cahaya matahari semula jadi dari tingkap ketinggiannya. Tempat makan pula nampak lebih luas dan menawarkan lebih hidangan buat para pelanggan.

Dari segi tatarias, dekorasi dan susun atur pula nampak lebih moden mengikut trend terkini .  Mempunyai konkrit dan kayu sebagai warna dan bahan yang konsisten. Warna rose emas / tembaga dan kaunter marmar ditambah sebagai sorotan untuk mencerahkan warna-warna yang sejuk dan hangat.

“We understand that the hospitality industry is an exciting and highly competitive business and growth is rapid. It is vital that we maintain a competitive edge. To keep you interested, and to constantly offer new experiences, a complete massive re-do of Utara was inevitable. REFRESHED AND RENEWED, today, we are pleased to introduce an ICON REBORN”

-kata General Manager, Hoon Tai Chee

 

Projek pengubahsuaian yang diketuai oleh Elizabeth Yap dari firma reka bentuk dalaman StudioN3m menawarkan dua penambahan baru ke restoran, dapur terbuka di belakang restoran dan kafe terbuka di depan. Dengan dapur terbuka, pengunjung menjadi penonton kerana mereka dapat melihat makanan mereka disediakan dengan itu membolehkan rasa lebih besar ketika bar kafe terbuka dibina untuk berkhidmat di antara restoran dan lounge lobi.
“For businesses, it’s difficult to constantly renovate. With this in mind, I designed the new Utara to be timeless; something that doesn’t go out of style within a few years. I needed something elegant to befit a hotel and it needed to be simple to maintain. The solution was a framework of soft neutral furnishings with high quality materials and lighting that are accented by various basic elements such as paintings, ornaments and textile finishes that could be updated as necessary.
This way, hotel guests can experience something new every few years, while still maintaining the familiarity of their favourite restaurant. It is best to have something basic to start with and add on after, like a blank canvas. As a designer, it’s important for me to consider more than my client’s current requirements – I need to also consider my client’s future concerns.”
-kata Elizabeth Yap
Dari segi menu pula masih ada lagi menu wajib seperti Utara Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada dan lain lain lagi. Ada juga hidangan Vege buat para pelanggan.
Menu Set Vege yang istimewa juga disediakan untuk pesanan tetapi kena tempah awal 3 hari. Buffet Makan Tengahari, Makan Tengahari dan Makan Malam juga akan menampilkan Sudut Vege khas. Dibuka setiap hari dari 6.30 pagi hingga 12 pagi, Untuk tempahan hubungi 603-7954 6888 atau e-mel f&b@armada.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top